Tuesday, December 24, 2013

Ada Apa Dengan Berat Badan...

 Assalamualaikum... 

Sebelum aku melalut tak tentu pasal tentang diet,
biar aku terangkan kenapa aku excited sangat pasal diet ni...




Sejak kecil lagi aku memang berbadan besar tapi semasa zaman sekolah aku memang suka bersukan...
Walaupun aku tak hebat dalam sukan tapi sekurang-kurangnya aku adalah antara pelajar yang sentiasa ada di padang...
Bila masuk IPTA aku masih aktif dengan kelab silat dan aktiviti berjalan kaki pergi balik kelas adalah antara rutin senaman aku setiap hari...
Masalah berat badan ni aku mula alami sejak aku tamat pengajian di IPTA...


Aku bekerja di cyber cafe koperasi sebaik tamat pengajian...
Tempat keje aku memang meriah dengan makanan berat dan ringan...
Maklum la, sumber makanan budak hostel...
Boleh dikatakan setiap hari aku akan makan makanan ringan dan minum air kotak / tin...
Dan boleh dikatakan fast food (Mc D and KFC) adalah makanan ruji aku...
Walaupun rutin berjalan kaki masih aku lakukan tapi itu tak cukup untuk membakar semua makanan yang aku telan setiap hari (macam ular sawa lak rasanya)...


Selepas lapan tahun duduk di perantauan aku kembali ke pangkuan keluarga...
Masa ni makanan harian aku lagi menarik maklum la masakan emak dan ayah memang sentiasa membuka selera...
Lepas bertunang aku mula berusaha untuk menurunkan berat sebelum kahwin...
Aku mula bersenam dan mengawal pemakanan...
Hasilnya aku berjaya menurunkan berat badan walaupun aku tetap berisi di atas pelamin...


Tapi macam biasa la lepas kahwin aku mula masuk ke zone selesa...
Mempunyai seorang suami yang comel dan menerima aku seadanya membuatkan aku mula selesa dengan keadaan aku...
Aku kembali menikmati setiap makanan yang ada depan mata...
Dan macam biasa, dengan tidak rasa berdosa aku meletakkan segala kesalahan atas suami aku dengan alasan aku TERPAKSA teman dia makan setiap TENGAH MALAM...
Hasilnya setelah setahun kahwin aku berjaya menambah berat badan sebanyak 10kg...




Tapi itu bukan pencetus semangat aku nak berdiet...
Selama ni aku tak kisah sangat tentang diet walaupun aku dah mulakan cabaran diet seawal February 2013...
Segalanya bermula pada hujung bulan 12/12/13 (baru lagi tu) apabila ujian darah aku mengesahkan aku menghidap diabetis...
Sejak tu aku nekad untuk amalkan cara hidup sihat...
Aku memulakan cabaran diet dengan berat 105kg...
Ya... memang berat...
Macam tak caya kan...


Dan disebabkan itu juga aku memberanikan diri untuk menyertai Seremban Fit Challenge...
Sekurang-kurangnya aku mempunyai kawan baru yang mempunyai misi yang sama dan mencetus motivasi diri bila join fit club ni... 
Nanti aku update tentang fit club...
Yang pasti jangan suka menangguh sesuatu yang baik...

Me - Sign up for challenge on 22 Dec 2013


My First Zumba on 23 Dec 2013 











Monday, December 23, 2013

Time To Change

Pic copy paste from Google Image

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update pasal kesihatan...
Cite terbaru aku, plan diet masih berjalan lancar cuma resultnya agak kurang memuaskan memandangkan taun ni banyak sungguh jemputan kenduri kahwin, jamuan besday, outing, travel dll...
Sedey tul la...
So untuk memulakan tahun baru 2014, aku telah pun mengambil satu keputusan yang di luar jangkauan akal aku yang comel lagi cute miut ni...

Jeng... jeng... jeng....

...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


Saja nak suruh jari korang exercise scroll ke bwh... :-p

Macam kenal jerk si tudung merah tu ye...

Yes... That's me...
I'm proud to announce that I'm one of the contestant in the season 4 challenge...

Yeeehaaa... 
Jangan tak caya...
Bukan mudah untuk aku buat keputusan keluar dari zone selesa aku tapi demi sebuah kehidupan aku perlu lakukan sesuatu...


Pic copy paste from Google Image

Saturday, December 21, 2013

Pembersihan Diari Maya...

Assalamualaikum...

Agak malas mengonlinekan diri nampaknya empunya blog ni...
Hehehe...

Sesiapa yang rajin jengok blog ni pasti perasan ada beberapa post yang telah di delete...
Maaf ye, selaku pemilik blog aku rasa segment My TV Show tu agak berat sebenarnya...
Ye lah, bagi insan yang jarang tengok tv mcm aku ni, selalunya aku layan je sebarang cerita yg kena ngan jiwa aku...
Dan sejak azalinya, cerita-cerita yang berepisod memang tak kena dengan jiwa aku langsung...
Sebabnya aku jenis yang cepat boring menunggu, aku tak suka benda yang meleret-leret, aku tak suka benda yang tak kembangkan otak aku yang sedia sembab ni dan yang penting aku tak suka sesuatu yg org terlalu taksub... 


Contoh keadaan :- 

  1. Suatu ketika dulu aku pernah meminati Siti Nurhaliza tp disebabkan ketaksuban (ada ke ayat ni?) peminat dan pemuja dia, maka aku pon secara spontannya terus tak minat dah. 
  2. Aku pernah meminati cerita Meteor Garden dan kumpulan F4, tp disebabkan ada housemate aku yg sgt gilakan benda yg sama sampai aku rasa meluat giler, so aku pon stop tengok cerita dan kumpulan tu.
  3. Tempat keje lama aku dulu hampir semua suka dengar lagu jiwang rock kapak. Kadang2 sampai over feeling sgt aku tengok. Dan aku, mcm biasa akan berada di luar kotak. Aku layan lagu Ruffedge, VE, Ahli Fikir... 

Mungkin dari segi pembacaan korang ayat aku ni mcm poyo je...
Tapi hakikatnya aku memang cepat jemu dan cepat menyampah...
Bukan setakat dunia hiburan je, dalam dunia realiti pon sama...

Kesimpulannya, aku memang tak suka sesuatu yang berkaitan dengan TAKSUB, TEGAR, FANATIK...
Bagi aku dalam hidup ni kena ada variasi skit...
Ada benda yang kita boleh sama jiwa dengan orang lain, dan ada benda yang kita kena berbeza dengan orang lain...
Sebabnya perbezaan itu yang akan melengkapkan diri kita...

Kalau korang faham, faham la...
Tiada paksaan untuk memahami insan bernama NORHUDA ini...






Friday, November 22, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Assalamualaikum...

Sejak beberapa minggu yang lepas agak heboh di fb dan blog-blog mengenai pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam...
Siapa dia ni? Kenapa nama dia di sebut-sebut?
Itu adalah soalan yang bermain di minda aku yang cute dan comel nie... :p

So aku pon mulalah aktiviti blog walking untuk mencari sedikit info...
Selepas beberapa pencarian, kesimpulan yang aku dapat ialah kita kehilangan sebutir permata yang sangat berharga...


Di saat remaja sekarang di sogok dengan hiburan yang melekakan...
Dia berdakwah memperjuangkan agama Islam...

Di saat remaja sekarang berlumba-lumba mencipta nama di rancangan realiti tv...
Dia mencipta nama demi mengejar cita-cita untuk syahid...

Di saat remaja sekarang dirosakkan dengan penjajahan minda...
Dia dimuliakan kerana agama Islam...

Pemergiannya diratapi...
Jasanya dikenang dan dihargai...
Tak perlu menjadi artis, tak perlu menjadi ahli politik...
Bak kata pepatah, 
"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

Benarlah apa yang sering dikatakan oleh Ustazah Norhafizah Musa...


Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...
Ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah redhai dan kasihi...
Al-Fatihah...

Tuesday, November 12, 2013

Sudah Jatuh, Di Timpa Tangga, Di Hempap Batu Bata...

Assalamualaikum...

Copy paste from google image...

( I ) Sudah Jatuh 

Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum raya haji kaki ku terseliuh...
Biasanya takde benda jadi...
Sapu2 minyak panas, urut2 sikit, pas dua tiga hari mesti eloknyer...

Kali ni pulak lain ceritanya...
Lepas seminggu sengalnya tak hilang, so aku pun pergilah berurut...
Dua hari lepas urut, bengkak dan sakitnya semakin menjadi-jadi...
My Hubby pun bawa la berurut dekat sorang bidan ni...
Katanya sendi aku lari dan tak dimasukkan balik sebab tu sakit dan bengkak...

Secara tradisionalnya, aku pon mula la membalut kaki aku dengan bandage dan di lumurkan dengan campuran halia dan kunyit setiap malam...

( II ) Di Timpa Tangga

Selepas seminggu, kaki aku mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan berlaku... 
Tetapi....

Secara tiba-tiba kulit di area yang di bandage gatal-gatal...
Mula-mula aku ingatkan sebab pakai bandage 20 hour/day selama seminggu ni...
Aku memang ada alahan kulit, so aku pon just letak krim je la di samping rendam kaki dalam air panas + garam + asam keping dengan harapan alahan aku akan hilang...

( III ) Di Hempap Batu Bata

Selepas seminggu aku tanggalkan bandage (atas faktor alahan) kaki aku semakin teruk...
Area yang di bandage dan gatal-gatal tu dah bertukar jadi merah dan bengkak...
Tersangatlah siksanya...

Soalan 1st yang ayah aku tanya bila tengok kaki aku, "KO ADA KENCING MANIS KE?"...
Nauzu billahi min zalik... Minta di jauhkan la...

So atas faktor kesihatan, My Hubby pon bawa la wife kesayangan dia ni ke klinik...
After check-up, doc kata aku kena jangkitan dan radang...
Kencing manis dah check dan resultnya NORMAL...
Alhamdulillah...

Kesimpulannya...

Aku masih lagi berusaha mengubati alahan pada kaki aku kerana aku sentiasa yakin setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati...

Copy paste from google image...

Mungkin ini cara Allah s.w.t untuk menyedarkan aku agar kembali kepadaNya...
Ujian yang sedikit diberikan untuk menguji keimanan...




Friday, November 8, 2013

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Sinopsis Buku : 
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

My Review :-

Novel RAM sememangnya tidak terluah dengan kata-kata...
Bila mula membaca kita seolah-olah diserap ke alam fantasi yang membolehkan kita menghayati dan memahami plot ceritanya...
Serius teruja bila baca novel ni sampai tak sanggup nak berhenti selagi tak habis... 
Kisah ini di gambar dengan terperinci sehingga aku mampu membayangkan latar belakang  kedamaian kampung sehingga ke sebuah planet yang bergolak...
Aku agak seronok membaca perkembangan watak Aiddin kepada Rayyan... 
Gabungan dunia fantasi dan realiti menarik minat aku sebab rasanya seperti menonton cerita Ultraman di Planet Ultra (Apa yang aku merepek ni?!!!)...  
Tapi yang tak syoknya bila aku rasa aku diperhatikan sepasang mata putih... Hampeh... 


Monday, November 4, 2013

Kenapa Perlu Mengkritik Kalau Mampu Menasihati?


* gambar copy dari google image

Assalamualaikum...

Mengkritik dan Menasihati adalah dua perkara yang berbeza tapi boleh berlaku dalam satu situasi yang sama. 
Dalam sedar atau tidak, kita lebih banyak melemparkan kritikan dari nasihat.


Mengkritik = menuturkan kata-kata yang melukakan dan menyakiti hati seseorang dalam menegur kekurangan orang itu.

Menasihati = menuturkan kata-kata dengan hikmah, tidak melukakan dan menyakiti hati seseorang dalam menegur kekurangan orang itu.

* gambar copy dari google image

Contoh paling simple:-

Situasi = Member kita pakai baju ketat tunjuk segala kawasan larangan. Kita nak tegur cara dia berpakaian.

Ayat Nasihat : "Kau ni cantik, cukup pakej tapi kalau kau pakai baju longgar sikit mesti lagi selesa kan."

Ayat Kritik : "Cuba pakai baju longgar sikit. Ni tak, dah macam balut nangka aku tengok. Tak pasal-pasal aku dapat saham neraka tengok aurat kau."


Mungkin ramai yang anggap benda ni biasa je. 
Orang sekarang istilah kan 'cakap direct, straight too the point, laser, telus dll'
Tapi pernah tak kita terfikir dalam sehari berapa banyak hati yang terluka kerana kata-kata kita? 
Pernah tak kita terfikir berapa ramai kawan-kawan kita yang patah semangat kerana kata-kata kita?

 Kalau tak silap, dulu ustaz/ustazah ada cakap, ramai orang yang masuk neraka kerana dosa lidah.
Tak salah nak menegur tapi gunalah ayat-ayat yang menginsafkan, membina dan membantu. 
Bukan ayat-ayat yang menimbulkan persengketaan, menjatuhkan dan melemahkan semangat.

* gambar copy dari google image
Renung-renungkan...
Coretan Ikhlas dari ku...
(copy paste from my fb)

Friday, November 1, 2013

(^_^)

Assalamualaikum...

Bersawang sudah page ni.... Adesss... Jenuh nak ngemas nie... :-p
Semenjak dua menjak jadi inche puan ni kemalasan untuk meng'online'kan diri teramatlah nyata...
Semenjak memuhasabah diri ni, tetiba je terfikir...
Kadang-kadang kita tak sedar, kebahagian kita melukakan hati orang lain...

Kenapa?!!
Sebabnya, macam aku juga...
Bila tengok kengkawan post status dengan gambar baby masing-masing, terdetik juga rasa sedih di hati...
Macam tu juga perasaan orang lain bila kita upload memacam...
Memang la niat kita nak berkongsi cerita tapi selagi boleh dielakkan, baik kita elakkan...
Betul tak kak Ton?!!

Itu sebabnya kita kena bijak untuk menilai yang mana perlu di'peribadi'kan dan yang mana perlu di'sensasi'kan...
So, mana cerita-cerita dan status fb yang dah di post, tak dapat la nak delete sebab dah berkurun kan... 
Anggap je la, itu semua cerita zaman jahiliah dulu...

Sekarang ni bersempena tahun baru Hijrah 1435H, kena mulakan balik azam dan iltizam yang baru...


Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada semua umat Islam...



Tuesday, September 17, 2013

Hari Merehatkan Otak...

Assalamualaikum...

Waaahhhh.... 
Kembali bersawang diari maya ku ini... 
Habuk pun dah tebal seinci nampaknya...
ish... ish... ish...

Dah, dah... 
Kembali ke tajuk utama...
Setelah beberapa kali menangguhkan percutian, akhirnya pada 28,29 dan 30 June yg lepas, aku dan hubby dengan berbesar hati telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi cinta kami...
Hahaha... Jiwang lak aiii...
Nasib baik ada org bagi hadiah tiket flight masa kawen ari tu...
Agak teruja jugak sbb ini 1st time kami berdua naik flight...
Hehehe...




Disebabkan penginapan telah diuruskan oleh kakak ipar ku, so aku dan hubby just cari kereta sewa untuk memudahkan aktiviti kami di sana...
Alhamdulillah, kami berurusan dengan org yg betul...
Kereta yg disewa bagus, servis tip top... 
So kepada sesiapa yg teringin nak bercuti ke Langkawi, aku cadangkan call mamat ni :-


Hari pertama (28 June) memandangkan aku sampai seawal 10 pg dan check-in pukul 2 pm, so kami mulakan aktiviti mencari barang-barang kiriman di sekitar pekan Kuah... 
Rambang gak mata aku yg comel ni bila tengok syurga coklat di sekeliling aku...
Memang kompem berat aku naik mendadak lepas ni... :-p

Di Langkawi aku check-in di Delta Motel, area Pantai Chenang...
Lokasi motel ni bersebelahan dengan Underwater World...


Pemandangan memang sangat cantik di sini... 
Lebih2 lg buat hantu air seperti aku...
Sampai2 je terus terjun ke laut... 
Weee.... (*_*)


 Selepas merehatkan diri dan puas berendam di laut, kami mula mengatur gerak ke pasar malam (thanks to map yang dibekalkan) untuk menjamu mata...
Selesai menjamu mata, kami terus ke tempat makan...
Yg ni mmg sorry sangat tak dapat nak update sbb sepanjang jalan aku tido...
Maklum la, nama pun puteri beradu... Hehehe...

Hari kedua (29 June) planning asalnya nak naik cable car...
Tp sampai je ke destinasi harapanku hancur punah ranah bila tgk notis cable car tutup utk penyelenggaraan...
Rasa cam tetiba je ada salji turun dekat area cable car tu... Sangat syahdu... 
Untuk menghilangkan rasa kecewa, aku dengan penuh belagaknya bergambar bersama ular sawa yg kekenyangan... hehehe....


Aktiviti seterusnya ISLAND HOPPING...
Memandangkan bilangan kami agak ramai (kononya) so kami sewa sebuah bot untuk aktiviti ni...
Urusan bot masih diuruskan oleh Hairi (mamat yg aku sewa kete tu)...
Kami menghabiskan masa hampir seharian di 3 pulau sekitar Langkawi...
Memang penat tapi sangat enjoy...
Sebelah petang, sebelum matahari terbenam, aku dan hubby melepakkan diri di Dataran Lang...

Destinasi ISLAND HOPPING (kecuali Dataran Lang)...

Hari ketiga (30 June) selepas check out, kami menyambung aktiviti shopping di Pekan Kuah sambil melawat beberapa tempat menarik di Langkawi...
Tempat shopping wajib dh tentu Haji Ismail Group...
Kesimpulannya, aku tersangat berpuas hati dengan percutian kali ni sbb aku dpt menghabiskan byk masa dengan my hubby di samping menghabiskan duit yang tak seberapa nak ada tu...
Hahaha...



Saturday, August 10, 2013

1 Syawal 1434H...

Assalamualaikum...
Salam syawal buat semua...

Tahun ni raya pertama aku beraya di kampung suami...
Sehari sebelum raya kami dah balik ke Felda Bukit Rokan...
Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku membantu ipar2 buat lemang beras dan tepung...
Selama ni tau makan lemang je...
Padan muka aku... Terkial-kial nak melemang... Hahaha....

Apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Mohon dihalalkan segala-gala yang berkaitan diri ini, di dunia dan akhirat...
Peace (*_*)...

With hubby di pagi Syawal...

Bersama beberapa anak buah sebelah suami...

Pose tak boleh blah dari seorang isteri...

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...


Bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang mulia...
Alhamdulillah... Syukur kerana dipertemukan kembali dengan Ramadhan...
Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan aku hamba yang lebih baik dari sebelumnya...
Aminnn...


Friday, May 24, 2013

3R

Assalamualaikum... 

Setelah sekian lama menyepi, kini rancangan kegemaran aku sejak zaman sekolah bakal kembali ke kaca tv...


Sekarang ni  3R tengah rancak dengan pencarian pengacara baru...
Hope muka baru dalam family 3R ni mampu memberikan persembahan yang terbaik sebaris dengan pengacara 3R sedia ada...


Flashback kenangan aku dan 3R... 
Aku mula menonton seawal host asal 3R beraksi (dah macam tgk power rangers lak ayat aku ni)... 
Konsep yg dibawa 3R memang kena dengan jiwa aku yg sering bercelaru ni...
Setiap topik dan cara mereka mengupas, mengolah serta menerangkan setiap point menjadikan 3R terus terpahat di hati aku walaupun berganti pengacara...

Aku sangat respek kelima-lima pengacara 3R ni bukan semata-mata kerana populariti deorang  sebagai pengacara tetapi kerana ilmu dan latar belakang pendidikan mereka... 
Bak kata cikgu aku masa sekolah menengah dulu, setakat ada rupa dan populariti tapi takde ilmu, memang tak ke mana la... 

So, sangat tak sabar nak tengok 3R musim baru... 
Untuk maklumat lanjut sila layari website 3R...

... (*_*) ...



Monday, May 20, 2013

Tomey... Tomey...

Assalamualaikum...

Lama kot tak jenguk blog...
Kepada yang rajin singgah mesti terkesima seketika bila tengok post yang di update setiap bulan... 
Padahal dah sebulan tak post apa-apa kat blog ni... 
Semua post terperap dalam draft... 
Hahaha... 

Ni semua gara-gara sibuk bercucuk tanam di fb...
Aku memang hantu game, so bila dah mengadap game jawabnya memang tak jadi kerja la...

Game yang telah merosakkan kewarasan aku
Hahaha...

Oklah, aku di sini bukan nak cerita pasal game tapi nak cerita pasal baby tomey yang dah wujud dalam family aku pada 26/03/2013 yang lepas...
Seawal kelahirannya kami memanggilnya Afaf Humaira sebab dia belum diberi nama lagi...

  • Afaf  bermaksud Kesucian, Kemurnian, Kesopanan, Punya Harga diri.
  • Humaira bermaksud Berpipi Merah

Di awal kelahiran...

Nama Afaf tu memang dah dipanggil sejak dia dalam perut lagi... 
Akhirnya masa nak daftar kelahiran parent dia letak nama NURUL HUSNA...
Itulah nama yang akan ditulis di dalam surat beranak, kad pengenalan, sijil sekolah, sijil kahwin dan segala urusan rasmi... 

Budak ni memang tomey sangat-sangat...
Manja terlebih pun ada...
Kerja dia nak orang dukung je...
Apa pun tak boleh...
Nasib baik la dapat mak sedara yang memang suka dukung baby macam aku ni...
Hehehe... (^_^)

Dekat habis pantang...

Memang geram la tengok pipi dia yang tembun tu...
Rasa nak gigit je...
Selain si Afaf ni, ada sorang lagi baby comey yang aku suka sangat tengok gambar dia...
Tapi yang ni bukan ahli keluarga aku la...
Eva Medina anak kepada artis yang tersenarai dalam list favorite aku, Hani Hatim a.k.a Hunny Madu...


Comel Tak ???

Gila suka aku dekat gambar yang satu ni...
Siap edit lagi...
Salinan gambar dah siap di hantar ke fb ibunya...


Rasa-rasa kalau ada rezeki aku, anak aku comey tak macam deorang ni?!!
(*_*)




Friday, May 17, 2013

Merawat Hati...

Assalamualaikum...

Buat renungan bersama...
Semoga kita lebih tabah dalam menghadapi dugaan hidup...



Sunday, May 5, 2013

Mari Mengundi

Assalamualaikum...

"Mari lah mari...
Pergi mengundi...
Jangan lupakan kewajipan...
Pada negara..."
Gambar copy from www.aidiena.blogspot.com


Cewah... cewah... Sempat nyanyi lak kan...
Ok lah, saja je nak cerita pengalaman aku...
Tahun ni merupakan tahun pertama aku menjalankan tugas sebagai pengundi...
Pertama??!! Jangan di tanya kenapa...

Disebabkan my Mr Hubby  ada kenduri di kampung sehari sebelum mengundi, makanya dia balik ke Gemencheh tanpa diriku di sisi... huhuhu... Sedey...
Tapi tak pe la, sebab aku pun ada kenduri di sini pada hari yang sama...
So fair la kan...

Orang yang paling bersemangat untuk mengundi dah tentulah ayahanda tersayang a.k.a Pak Majid...
Seawal pagi dia dah bersiap nak pergi...
Bonda a.k.a Hjh Mainun pula tahun ni sibuk dengan kerja-kerja menjemput dan menghantar orang pergi mengundi...
Sibuk tul la bonda ni...
Kiranya seawal pagi juga la aku kena hantar bonda ke markas...
Dalam erti kata lain, aku pun antara yang terawal la beratur untuk mengundi...
Semangat kot... Hahaha...
Undi siapa ??!! Shuuu.. Undi adalah rahsia...



Kesimpulan yang aku boleh buat tentang demam PRU ni...
Tak kisah la walau apa pun parti pilihan anda, berkempen la secara berhemah...
Jangan terlalu emosi sehingga mencetuskan provokasi...
Cukup cukup la perang PRU yang melanda fb...
Tak sanggup dah nak baca maki hamun orang yang rendah tahap pemikiran...
Harap-harap dengan berakhirnya PRU, berakhirlah perang di fb...
Tak kisah la siapa yang menang...
Terima dengan hati terbuka...


Jom layan video ONE ni... (^_^)


Sunday, April 28, 2013

KL Book Fair 2013...

Assalamualaikum...

Akhirnya hari yang di tunggu tiba juga... 


Serius lama aku tak membaca sejak dah pegang title wife ni...
Kalau ada pun aku dok jengok kat penulisan2u...
Dengan semangat berkobar-kobar seawal pagi aku dah ajak my Mr Hubby gerak...
Target utama aku, nak beli novel baru dari penulis favourite aku;


Sampai je kat sana masalah utama dah tentulah parking... 
Cari parking je dah makan masa hampir setengah jam...
Nasib baik keluar awal, kalau tak menangis aku sakit b*n#?t duduk dalam kereta lelama...
Masuk je dalam PWTC, manusia macam semut hurung gula...
Memang syahdu la bagi orang-orang yang tak suka tempat sesak macam aku dengan my Mr Hubby...
Tapi posing tetap wajib... (^_^)


Maka bermulalah pencarian aku untuk mencari booth jemari seni demi mendapatkan novel idaman ku (puitis kot ayat aku ni)....
Cari punya cari, bila sampai je dekat booth jemari seni, aku terbaca notis lebih kurang macam ni di rak buku...
"HARAP MAAF, NOVEL ANTHEM DARI HLOVATE KEHABISAN STOK. STOK BARU HARI ISNIN"...

Sangat la tersentap aku seketika... 
Nak nangis pun ada bila kenangkan aku excited nak datang book fair ni pun sebab nak beli Anthem...
Adess... Apa pun tak boleh...

Akhirnya ini je lah hasil yang diperolehi dalam perasaan duka ku ini...

   





Saturday, April 27, 2013

Lepak Santai 2...

Assalamualaikum...

Setelah 2 minggu postpone, akhirnya aku dapat jugak lepak dengan my BFF... 
Macam biasa la kalau jumpa BFF ni dah confirm tempatnya Jusco Seremban 2...
Eikin tak dapat join sebab anak-anak dia demam... 
So kami bertiga je la nampaknya...

Kalau lepak santai lepas kita dah memeningkan kepala staff Chicken Rice Shop, kali ni kita ke restoran wajib tiap kali berjumpa (selain KFC)...


jeng ..........


jeng .........


jeng .........





Hehehe... Macam gempak je kan... 
Pizza je pon...
Saja je nak susahkan korang scroll ke bawah... 
Bagi panjang sikit post... Huhuhu...

Tak kisah la walau di mana pun tempat perjumpaannya, yang penting dapat jumpa...
Last kitorang jumpa kalau tak silap masa raya tahun lepas... 
Itu pun sebab Eida buat open house...
Yang pasti kami memang tak berubah (perangai je, saiz badan berubah sangat dah)...

  
Eida with her son 

Siapa kata bila dah jadi isteri orang masa untuk kawan-kawan dah tak de?
No.. no.. no...
Perkahwinan bukan bererti pengakhiran persahabatan...
Yang penting luangkan sedikit masa untuk menghargai BFF anda...
Takkan la dalam setahun tak boleh nak jumpa barang sekali... 
Kot ye pon sibuk, telefon kan ada... 

Shaz yang konon pemalu

Remember... Friendship never end...

Pic copy paste from google.com