Monday, November 4, 2013

Kenapa Perlu Mengkritik Kalau Mampu Menasihati?


* gambar copy dari google image

Assalamualaikum...

Mengkritik dan Menasihati adalah dua perkara yang berbeza tapi boleh berlaku dalam satu situasi yang sama. 
Dalam sedar atau tidak, kita lebih banyak melemparkan kritikan dari nasihat.


Mengkritik = menuturkan kata-kata yang melukakan dan menyakiti hati seseorang dalam menegur kekurangan orang itu.

Menasihati = menuturkan kata-kata dengan hikmah, tidak melukakan dan menyakiti hati seseorang dalam menegur kekurangan orang itu.

* gambar copy dari google image

Contoh paling simple:-

Situasi = Member kita pakai baju ketat tunjuk segala kawasan larangan. Kita nak tegur cara dia berpakaian.

Ayat Nasihat : "Kau ni cantik, cukup pakej tapi kalau kau pakai baju longgar sikit mesti lagi selesa kan."

Ayat Kritik : "Cuba pakai baju longgar sikit. Ni tak, dah macam balut nangka aku tengok. Tak pasal-pasal aku dapat saham neraka tengok aurat kau."


Mungkin ramai yang anggap benda ni biasa je. 
Orang sekarang istilah kan 'cakap direct, straight too the point, laser, telus dll'
Tapi pernah tak kita terfikir dalam sehari berapa banyak hati yang terluka kerana kata-kata kita? 
Pernah tak kita terfikir berapa ramai kawan-kawan kita yang patah semangat kerana kata-kata kita?

 Kalau tak silap, dulu ustaz/ustazah ada cakap, ramai orang yang masuk neraka kerana dosa lidah.
Tak salah nak menegur tapi gunalah ayat-ayat yang menginsafkan, membina dan membantu. 
Bukan ayat-ayat yang menimbulkan persengketaan, menjatuhkan dan melemahkan semangat.

* gambar copy dari google image
Renung-renungkan...
Coretan Ikhlas dari ku...
(copy paste from my fb)

No comments:

Post a Comment