Tuesday, February 10, 2015

Ada Apa Dengan BFF...

Assalamualaikum...



Bermula dari tahun 1996 hingga tahun 2015...
Dari status anak dara sehingga ke isteri orang, sampai dah ada yang jadi mak orang...
Persahabatan yang bermula di bangku sekolah terus terjalin utuh...
Alhamdulillah, 19 tahun sudah berlalu......





Tak terasa detik waktu yang berlalu...
Terlalu banyak kenangan yang kami kongsi bersama...
Setiap kali kami ketawa, menangis, bergaduh, berpisah, setiap kali itulah terakamnya memori indah dalam persahabatan kami...

Bukan mudah untuk membina sebuah persahabatan...
Semoga persahabatan kami akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat...
Kerana tanpa meraka siapalah aku...

Mereka antara sumber kekuatan aku ketika aku lemah...
Mereka umpama tangan yang menarik aku ketika aku jatuh...
Mereka tempat aku mengadu ketika aku menghadapi kekusutan...


2008 (maybe...)

Usia telah mematangkan kami...
Tanggungjawab dalam kehidupan dan pada keluarga telah menjarakkan kami...
Walaupun jarang bersua, itu bukan bererti kami melupakan satu sama lain...
Sahabat adalah untuk selamanya...

Semoga Allah s.w.t merahmati sahabat kesayangan ku...
Semoga mereka berada dalam perlindungan Allah s.w.t...
Sesungguhnya aku sayang kamu berdua...


2014

Wednesday, February 4, 2015

Ada Apa Dengan Personal Trainer... (Part 2)

Assalamualaikum...

Seperti dijanjikan sebelum ni, kenalkan my personal trainer Coach Sue Ismail...
One of strong, fit and active mama...


Aku kenal kak Sue masa dia datang club atas jemputan salah seorang coach...
Masa tu aku hanya tau kak Sue ni salah seorang coach yang handle BootCamp Bakar Lemak...
Cuba mendekati tapi macam biasa la, kalau dah namanya Norhuda, memang berat sangat mulutnya nak menegur orang yang tak dikenali...
So I just say hye hye bye bye...

After a few month, aku jumpa id kak Sue dekat fb dan terus add...
Bermula dengan minta tips pernafasan masa jogging sampai la aku minta dia jadi personal trainer...
Apa yang aku boleh katakan, kak Sue seorang yang down to earth dan tak lokek ilmu...

1st conversation aku dengan kak Sue...

Selepas beberapa perbincangan dan sesi suai kenal, pada 02.12.2014 secara rasminya aku ambil kak Sue jadi personal trainer aku...
Sepanjang training dengan kak Sue, aku diajar step senaman yang bersesuaian dengan kondisi lutut aku yang selalu sakit macam dimamah usia ni...

Antara kebaikan mengambil personal trainer, mereka tahu cara-cara untuk mengelakkan kecederaan, kita akan mendapat perhatian khusus sepanjang sesi latihan dan sesi senaman lebih teratur mengikut tahap kecergasan fizikal serta mental...

Salah satu sesi PT aku dengan kak Sue...

Banyak yang aku pelajari dari kak Sue...
Bukan setakat senaman malah nasihat dan motivasi diri...
Setiap kali aku rasa down, kak Sue akan beri kata-kata semangat untuk bangkit dan terus berusaha...
Dan cara kak Sue lebih kepada membantu aku berfikir dalam membuat keputusan...
Bukan memaksa atau menentukan apa yang perlu aku buat...
Dan itulah sebenarnya apa yang aku perlukan...

Fit Malaysia, Seremban on 01.02.2015

Kesimpulannya...
Mungkin ramai yang beranggapan mengupah Personal Trainer ni hanya menghabiskan duit...
Pada aku sebenarnya ia sangat berbaloi sebab kita keluarkan duit SEKALI untuk Personal Trainer Session tapi kita akan berkawan dengan coach kita di luar sesi dan masih boleh mendapat nasihat serta pendapat dari coach kita walaupun sesi personal trainer telah tamat...
Dan yang paling penting bila ambil Personal Trainer yang sama jantina sesi latihan akan menjadi lebih selesa dan kurang rasa malu bila perlu melompat, menonggeng dan lain-lain aksi ganas yang lain...
Hehehehe....