Wednesday, December 24, 2014

Fit Lady In Progress - Episode 4

Assalamualaikum...

Dah nak sampai penghujung tahun 2014 nampaknya...
Diam tak diam dah hampir setahun Akak Sado bersama fit club...
So pd Ahad lepas Akak Sado telah mengadakan sesi meraikan setahun bersama disamping reward for those yg dh berlari 12km di pagi harinya (Alin, Jumy Hana)...

Takziah kepada Ammi yg x dpt hadir kerana kematian atok kesayangan...
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang dikasihi Allah s.w.t...  Amiinn...

Ulangtahun Akak Sado - Setahun Bersama


Off course lah sepanjang setahun ni bermacam perkara yang dah terjadi...
So hari ni kita buat sesi mengenang aktiviti Akak Sado sepanjang tahun 2014 ni secara random...

Semoga kami semua terus berjaya dalam mengejar impian masing-masing...


Hiking - Gunung Angsi

BBQ Hari Raya

Hiking - Bukit Broga

Run - Bukit Putus

Hiking - Bukit Tampin

Hiking - Gunung Datuk

Run - Energizer - Dataran Merdeka

Run - Fit Malaysia - Dataran Merdeka

Run - Herbalife - Taman Tasik Titiwangsa

Run - IJM Land - Seremban 2

Hiking - Gunung Nuang

Run - Putrajaya

Walk A Mile - Taman Tasik Titiwangsa

Run - Cyberjaya



Wednesday, December 17, 2014

Ada Apa Dengan Keazaman...

Assalamualaikum...

Asal buka blog je tetiba jd blur apekebenda nk di update...
Bukan x de cite tp x taw cm na nk meluahkan dlm bentuk tulisan...
Ada sestgh cite lebih baik di simpan dlm peti ingatan utk dijdkan kenangan peribadi...


Disebabkan taun baru hampir tiba so hari ni nk sembang pasal keazaman...
Tanpa keazaman mimpi takkan menjadi kenyataan...
Kenapa?!!
Sebab keazaman itu akan menimbulkan semangat, semangat pula akan diiringi usaha, manakala usaha pula akan membuahkan hasil untuk menghampiri kejayaan...




Beberapa tahun yang lepas aku hanya seorang manusia yang berada di dalam zon selesaku...
Dan sejak zaman sekolah lagi aku paling tak suka aktiviti berlari...
Walaupun aku aktif bersukan tp stamina aku dalam berlari memang out sangat...
Tapi sejak aku keluar dari zon selesa tu, aku mula belajar bertatih sehingga aku mampu berlari lebih baik dari zaman persekolahan dulu...


Tahun ni je aku telah pun menyertai aktiviti FUN RUN - 5km  sebanyak 3 kali...
Diulangi, 3 kali ye para pembaca semua...


Sila abaikan pewoot ku yang muncit itu...

Walaupun hanya fun run tapi ia merupakan langkah terawal aku untuk keluar dari rasa tak yakin yang sering menguasai minda aku...
Biarlah apa orang nak kata, tapi aku puas dengan apa yang aku telah lakukan...
Mungkin catatan masa aku tidak sehebat Akak Sado yang lain (Off course la ferari tak boleh nak disamakan kelajuannya dengan kancil) tapi sekurang-kurangnya aku berusaha sebaik mungkin...

Dan kini aku semakin yakin untuk mengatur langkah kaki ini sekali pun banyak mata yang menjeling...
Semoga dengan kepayahan hari ini aku mampu membantu insan lain di masa hadapan...
Insya Allah...




Monday, December 1, 2014

Fit Lady In Progress - Episode 3

Assalamualaikum...

Hari ni nak share skit pasal member2 Akak Sado...
Pada pandangan mata aku mereka ni memang dalam golongan wanita-wanita yang hebat...
Disiplin, semangat dan keazaman mereka memang kuat sehingga terhasilnya result yang sangat memberangsangkan...
Bukan fizikal je yang kuat, minda deorang pun boleh tahan hebat...
Tak caye?!!! Cer tengok pic bawah ni...


Sila jeles dgn pencapaian mereka ye...

Jeles tak... jeles tak... :-p
Tak payah nak jeles sangat la...
Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya...


Ok, sekarang mari kita kenali mereka dari kaca mata seorang insan kerdil iaitu aku...





Alina
Kami dipertemukan secara kebetulan di club...  Sebenarnya kitorang satu sekolah dulu... :-)
She is amazing... 
Dia sering memberi semangat pada kawan-kawan lain tak kira la dalam apa jua aspek...
Tak kenal erti putus asa...
Seorang pendengar yang baik, dan penasihat yang setia...
Dalam group ni dia boleh dikatakan sebagai Dr.Love sebab adik-adik yang lain suka minta tips percintaan dari dia...


Jumy
The fittest among us...
Sifu dalam marathon...
Pengalaman dia dalam eat clean and healthy life menjadi sumber inspirasi yang lain-lain...
Mula-mula kenal aku ingat dia seorang yang sombong tapi bila dah join group ni baru tau she's lovely person...
Seorang yang ramah kadang-kadang blur yang cute...
The best part of this sweet girl is, she's love baked and I love her cheesecake very much...
Hahaha...


Ammi
One and only person yg sangat BERANI memaksa aku workout di saat aku tengah malas...
Hahaha...
Pendengar dan penasihat yg baik...
Selalu juga aku share mslh aku yang tak seberapa dengan dia ni sebab aku sangat selesa berbual dengan dia...
Sometimes dia sangat memahami kesukaran aku dalam ber'workout'...
She can be a best coach in future...
Insya Allah...


Hana
Merangkap admin group Akak Sado...
Sangat bersemangat dan sering memberi semangat pada rakan-rakan lain...
Sekali dia dah mulakan langkah, dia takkan berpatah balik...
Sentiasa dengan kata-kata don't give up...
Bila aku dah mula lembik, dia akan jerit "KAK HUDA DON"T GIVE UP!"...
Perubahan pada diri dia sekarang adalah kerja keras dan hasil pengorbanan yang telah dia lakukan dalam setahun kebelakangan ni...
Go Hana... You are the best!!!


Atin
Ahli group yang paling muda...
Senaman kegemaran dia ialah squat...
That's why she have a plump butt...
Hahaha... Jgn mare ye dikk...
Antara yang sangat bersemangat bila bercerita pasal workout...
Bila dah mula berlari, dia memang tak pandang kiri kanan dah...
Target utama : Finishing Line...
Tak kira la dalam apa situasi dan aktiviti pun...
Dia akan pastikan dia sampai ke penamat... 





Ok, itu saja yang dapat di kongsi...
Tak boleh lebih-lebih nanti melanggar hak privasi orang lain pulak...
Mesti ada yang cakap, takde la sado pon deorang ni...
Pada aku, SADO tu bukan saja bererti ko ada six pack kt perut or ko ada ketul-ketul kat bicep tapi SADO tu lebih kepada kekuatan fizikal ko dalam melakukan aktiviti yang orang biasa malas nak buat...
Dalam erti kata lain, tahap fit badan ko kalau nak banding dengan orang yang sama level dengan ko... 
That's it...