Tuesday, June 28, 2011

VERSUS by Hlovate




My Review


Bagi sesiapa yang mencari erti cinta sebenar aku cadangkan agar membaca novel ini. Penulis bukan sahaja bercerita tentang cinta antara dua jiwa tetapi turut mencoretkan kisah cinta antara makhluk dan penciptanya. Kisah kehidupan Minn selepas meninggalkan dunia 'skate' dan kisah kehidupan AO dalam mengejar cinta Minn benar-benar menginsafkan. Usaha AO dan Minn untuk berubah akhirnya membawa mereka bertemu cinta Illahi. Dan dengan nikmat cinta Illahi, mereka bertemu erti cinta dua jiwa yang cukup membahagiakan.

Mengikuti perjalanan percintaan antara Minn dan AO membuatkan aku terfikir erti cinta yang sebenar. Bukan mudah untuk jadi baik dalam definisi baik yang sebenar. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik di mata manusia tetapi sebenarnya kita belum cukup baik di sisi Allah s.w.t. Sepanjang aku membaca novel nie, aku meletakkan diri aku dalam watak Minn. Dan aku berharap aku mampu untuk menjadi seperti Minn. Yang berusaha untuk memperlengkapkan diri dari baik kepada yang lebih baik.


Tahniah kepada penulis yang berjaya membawa secebis kesedaran di hati kecil ini.


JAJA DIN by Noor Suraya

My Review



Benarlah kata orang, cinta itu tidak bermata... Bermula dengan sekeping gambar, Jaja telah jatuh cinta dengan Din yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini... Hanya kerana sekeping gambar, Jaja memulakan pencariannya untuk mencari kekasih hatinya... Dan kerana sekeping gambar juga Jaja bertemu cinta Illahi...

Kisah seorang Jaja yang mengenal erti kemanisan iman di samping seorang Din yang sentiasa zuhud... Novel ini telah memberi 1001 pengajaran... Bukan mudah untuk seorang gadis moden dan mewah untuk memulakan hidup secara zuhud dalam mengenal Allah... Tetapi seandainya segala yang dilakukan dengan hati yang ikhlas, tiada apa yang mustahil... Jaja akhirnya berjaya menjadi isteri dan ibu yang solehah...

Aku seronok mengikuti kisah Jaja dan Din ini... Dengan rendah hati aku mula mengakui hidayah Allah akan datang pada bila-bila masa tanpa mengira siapa... Tak tau macam mana nak coretkan perasaan aku selepas membaca novel ni walaupun aku dah banyak kali ulang membaca... Tak terluah dengan kata-kata... Rugi kalau tak baca....

love this book sooo much.... thanks to the writer for the really touching story...