Tuesday, March 11, 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah s.w.t...

Assalamualaikum...

Rasa terpanggil untuk berbicara mengenai perihal jodoh ni...
Semenjak dua menjak tiga menjak ni, sering sangat kedengaran atau kelihatan status pasrah dari kenalan-kenalan maya mahupun alam nyata...
Paling kerap kedengaran dan kurang selesa didengari bila status itu lahir dari mulut seseorang yang bergelar 'PELAJAR SEKOLAH'...
You have waste your precious time dear...
Now let me tell you my experience...
Cewah... cewah... macam bagus je kan...
Of course la...
Kalau cerita pasal orang lain nanti dikatakan mengumpat dan memfitnh pulak... 
tak baik... tak baik... tak baik...




Seperti insan lain aku juga pernah mengalami cinta monyet yang kononnya cinta pertama di zaman persekolahan dulu...
Kecewa bercinta, crush on somebody, admire to bestfriend, dan macam-macam lagi pengalaman yang pernah aku lalui dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman IPT...
Tak perlulah rasanya nak di'detail'kan pengalaman itu kerana semua itu hanya sejarah lampau di zaman kebodohan dan kealpaan seorang manusia...
Pernah satu ketika aku rasa down sangat sebab majoriti teman sekerja aku kawin muda...
Persoalan yang sering timbul "Kenapa aku tak boleh bahagia macam diaorang?"...
Dan masa tu memang rendah diri sangat-sangat...




Tetapi....

Apa yang aku pelajari ialah jangan sekali-kali menutup pintu hati kita dengan kata-kata pasrah macam :-
"Mungkin aku ditakdirkan hidup sendiri."
"Aku memang tak layak dengan sesiapa pun."
"Aku takkan kawin sampai mati."
"Aku ni hodoh siapa yang nak."

Dan jangan juga meletakkan harapan dan kriteria yang bukan-bukan pada bakal teman kita macam :-
Yang tinggi, yang handsome, yang romantik, yang kaya, yang baik, dll...

Sebabnya Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita...
Serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. kerana suatu hari pada masa dan ketika yang tepat kita akan bertemu dengan belahan hati kita dengan cara yang tak pernah kita jangkakan... 
Dan mungkin juga si dia itu terlalu jauh dari kriteria yang kita idamkan...
Orang yang bercinta bertahun-tahun, setia sepenuh jiwa raga sekali pun belum tentu bersama andai itu bukan JODOHnya...




Seperti aku...
Hampir lapan tahun aku bawa diri ke Penang dengan harapan aku akan bertemu dengan seseorang yang mampu menerima aku seadanya...
Aku hadkan pencarian aku dengan mencari lelaki idaman di sekeliling aku berdasarkan kriteria yang aku ingini...
Akhirnya aku sendiri yang kecewa bila orang yang aku suka hanya menganggap aku sebagai teman baik sahaja...
Kemudian aku pulang ke kampung halaman dan melupakan semua kekecewaan...
Aku serahkan semuanya pada Allah s.w.t...
Aku yakinkan diri yang Allah s.w.t. lebih mengetahui apa yang terbaik...
Dan aku yakin setiap insan telah ditetapkan jodohnya cuma masanya belum tiba untuk aku...

Dan alhamdulillah, aku akhirnya di pertemukan dengan suami ku...
Diperkenalkan oleh orang tengah, berbalas SMS lebih kurang sebulan lebih tanpa pernah bersua muka...
Segalanya berlaku sendiri tanpa pernah aku duga begini ceritanya...

Oktober 2010 - Blind Date
May 2011 - Bertunang
Mac 2012 - Bernikah

Kalau dah memang tertulis jodoh kita, tiada apa yang dapat menghalang ketentuan-Nya...









Monday, March 10, 2014

Happy Anniversary !!!


Assalamualaikum...

Dalam tak sedar dah dua tahun berlalu sejak aku bergelar seorang isteri...
Cepat betul masa berputar sehingga aku sendiri hampir tak percaya dengan segala yang telah kami tempuhi dalam tempoh 2 tahun ini...




Segala suka duka jatuh bangun meninggalkan memori indah dalam mewarnai rumahtangga kami...
Sesungguhnya dia sememangnya seorang yang penyayang dan penyabar...
Sering bersabar dengan sikap panas baran aku yang tak bertempat...
Sering bersabar dengan perangai keanak-anakan aku yang tak kena masa...
Sering bersabar dengan kegilaan aku yang tak kenal situasi...




Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana Kau menganugerahi aku dengan seorang insan yang sangat menyayangi dan menghargai diri aku yang serba kekurangan ini...
Walaupun Allah masih belum meminjamkan kami zuriat dalam perkahwinan ini tapi itu bukanlah penghalang buat kami mengecapi kebahagian dalam rumahtangga...
Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga ke jannah...




I love you hubby and will always love you...