Thursday, July 9, 2015

Iftar With AS

Salam Ramadhan...

Selamat Berbuka Puasa... Sila abaikan pinggan di atas meja...

Semalam adalah iftar AS bersama untuk tahun ke-2...
Last kami berjumpa masa dinner bujang sebelum majlis perkahwinan Alin...
Dekat sebulan lebih juga la...


Macam biasa la, bila dah lama tak jumpa macam-macam cerita nak dikongsikan sampai tak sedar masa berlalu terlalu pantas...
Apa yang dapat dikongsikan di sini, aku sangat merindui saat-saat kami bersama...
Bukan senang 6 orang yang berbeza latar belakang dan cara hidup dapat bersama membina sebuah hubungan yang dinamakan persahabatan...


- Parti Bujang Part 2 -


Sesungguhnya ikatan persahabatan itu agak unik...
Sahabat itu tidak perlu sentiasa ada di sisi tetapi selalu dekat di hati...
Ibarat bintang di langit adakalanya bila langit dilindungi awan bintang itu tidak kelihatan tetapi ia sentiasa ada di situ menanti masa untuk memancarkan sinarnya...



Dan aku...

Ingin sekali rasanya aku menjadi bulan yang mampu meminjamkan sinar untuk menerangi malam...
Aku ingin selalu ada untuk sahabat-sahabat ku dalam setiap situasi yang mereka tempuhi...
Aku ingin berkongsi setiap tawa dan tangis bersama mereka...
Kerana bagi aku mereka antara insan istimewa yang telah Allah s.w.t pinjamkan pada aku untuk dihargai dan disayangi...


Terima kasih kerana hadir mewarnai kehidupan ini dengan gelagat korang yang hyper...
Hope ikatan ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat...
Miss u all sooooo much...



AS with love...



Friday, July 3, 2015

Countdown - 2 weeks to go...

Salam Ramadhan...

Gumbira sungguh rasa di hati...
Nak tau kenapa?!!
Taadaa...


- Hasil Eat Clean & Senaman -


Ahaks...
Syukur sangat berat badan ni turun jua...
Yang penting tanpa sebarang produk dan secara semulajadi ye...
Sepanjang tempoh diet ni apa yang dapat aku cakap, bila kita makan makanan yang betul walaupun dalam kuantiti yang sedikit kita akan merasa kenyang jangka masa yang lama...
Sekalipun berpuasa, aktiviti fizikal jangan dilupakan...
Ambil masa untuk bersenam samada setengah jam sebelum berbuka, selepas terawih atau pun sebelum sahur...
Dengan gabungan 80% eat clean 20% exercise, bersama 100% minda dan jiwa yang tekad, insyaAllah akan membuahkan hasil...


Antara menu berbuka aku sepanjang minggu kedua ni :-





Moral of story :-
Di mana ada usaha di situ akan ada kejayaan...

Kipidap...