Tuesday, August 26, 2014

#friend

Assalamualaikum....

Diam tak diam dah sampai kita ke penghujung bulan Syawal...
Dan tiba juga kita ke penghujung bulan Ogos...
Maksudnya dah hampir 8 bulan aku terjebak dengan fit club...
Mungkin perjalanan aku agak lambat jika nak dibandingkan dengan orang lain tapi satu benda yang aku pelajari di fit club "BERBANGGALAH DENGAN PENCAPAIAN DIRI KERANA ANDA BERSAING DENGAN DIRI SENDIRI BUKANNYA ORANG LAIN"...


Mengubah cara hidup adalah satu langkah besar dan ianya merupakan satu titik permulaan menuju ke arah kejayaan...
Seperti yang pernah aku katakan dulu, seandainya aku tidak memulakan langkah pertama aku tidak pernah akan berubah dan mungkin akan semakin teruk...
Bukan mudah untuk keluar dari zon selesa...
Mental dan fizikal harus kuat dan selari...
Kedua-duanya penting dalam menentukan kejayaan perubahan yang kita buat...


Dan yang paling penting adalah sokongan dari insan sekeliling kita...
Memang benar kata Prof Muhaya sekiranya kita dikelilingi insan yang positif aura positif iti akan datang kepada kita...
Sangat bersyukur kerana dipertemukan denga kawan-kawan di fit club...
Mereka selalu membantu dan memberi semangat ketika aku mula goyah dengan perubahan ini...
Yang pastinya persahabatan itu bukan berakhir di fit club semata-mata...


Insya Allah kejayaan itu pasti milik kita...


Jalan Raya with Akak Sado

Friday, August 22, 2014

Fit Lady In Progress - Episode 2

Assalamualaikum...

Seperti biasa setiap minggu (Isnin, Rabu, Khamis) aktiviti wajib Akak Sado pastilah ke fit club...
Yang pastinya memang tak pernah nak cukup ber-7...
Haiiilaaa...


Sejak bulan puasa hari tu club dah cat satu ruang dekat dinding untuk jadi notis wall...
So dengan tak segan silu adalah beberapa tukang conteng yang dah lama pendam hasrat mencurahkan kreativiti masing-masing dekat situ...
Kretip la sangat...




Hasilnya tercatatlah beberapa kata-kata semangat dari Akak Sado untuk pengunjung club yang sudi membacanya... 
Hehehe...




Dan yang pastinya satu sejarah berlaku dalam Akak Sado bila aku insan yang sedikit comel ni telah merajinkan diri untuk join street power buat kali PERTAMA...
Diulangi, kali pertama ye kawan-kawan...
Memang mandi peluh la jawabnya...




Aktiviti Street Power :

Running
Jumping Jack (50)
Squat (50)
Lunges (50)

Squat Jump (45min, 30min, 15min, 15min)
Lunges Jump (45min, 30min, 15min, 15min)
High Knee (45min, 30min, 15min, 15min)
High Jump (45min, 30min, 15min, 15min)
Skaters (45min, 30min, 15min, 15min)


Selepas habis sesi Street Power

Wednesday, August 20, 2014

Zumba Time

Assalamualaikum...

Mulai awal bulan ni aktiviti zumba di club dah bertukar ZIN...
Kalau dulu ZIN Airina sekarang ni ZIN Amir yang take over...
Dan kalau tenaga pengajarnya lelaki pastinya bertambah ceria dan bersemangat la anak-anak dara di club...
Huhuhu... Aptb tul...


1st day ZIN Amir with our fit club

Tak kisah la, janji aku enjoy...
Dan yang penting ZIN Amir memang hyper...
Step yang mudah diikut, lagu yang sedap dan layan...
Harap-harap inche Hubby tak jeles yer...
Hehehe...

With ZIN Amir... Cute tak?!!!



Tuesday, August 19, 2014

Boot Camp!!!!

Assalamualaikum...

It's boot camp time!!!
Untuk makluman, dekat fit club setiap hari Isnin boleh pilih samada nak join boot camp atau aerofit...
Selama ni aku akan pilih aerofit walaupun di pujuk dengan kata-kata manis untuk ke boot camp...
Memang tak la... Hahaha...

Setelah 2 bulan aku 'berehat' dari boot camp, semalam aku gagahkan juga badanku yang comel ini untuk join boot camp...
Dan semestinya coach terkezut dengan kehadiran aku...
Mana taknya, selalu jangan kata nak tengok muka, nak tengok bayang pun payah dekat boot camp tu...
Tapi yang pastinya lemak-lemak besarku dan otot-otot kecilku yang sangat terkezut dengan boot camp semalam...
Hasilnya hari ni hampir je aku merangkak nak naik tangga office...
Hambik ko... Huhuhu... 




Tempat : DS2 Mall
Aktiviti : Boot Camp


Warm Up  :
Jumping Jacks
Squat
Lunges
Run In Places (Slow & Speed)
High Knee


Circuit Training :
Squat & Side Kick - in 1 min (3 set)
Leg Lifts with partner - in 1 min (3 set)
Push Up & Triceps Dips - in 1 min (3 set)
Bicycle Crunch - 24 (3 set)
Russian Twist - 24 (3 set)
Bridge - 24 (3 set)
Plank - 1 min
Bird Dog - 30 sec



Saturday, August 16, 2014

Sebelum Dan Selepas 1

Assalamualaikum...




Saja je hari ni nak poyo sikit upload pic sebelum selepas...
Ada perubahan ke?
Adalah sikit...
Sendiri tanya sendiri jawab... Huhuhu...


Sejujurnya aku memang tak puas lagi dengan perubahan yang sedikit ni...
Maklum la, orang lain dah sangat-sangat shape up...
Tapi aku kena akui mereka berjaya kerana kerajinan mereka...
Aku macam biasa la, on off je...
Tau tak pe... :-p


Actually aku punya problem sebenarnya bahagian atas badan aku lebih besar dari bahagian bawah...
Atau dalam erti lain aku memiliki badan apple shape...
Bentuk badan ni memang sangat mudah mengumpul lemak di bahagian atas badan...
Dan yang sangat perlu dibimbangkan ialah bentuk badan ini sangat mudah terbentuk Visceral Fat...
Tatutnyer...


Maknanya sekarang ni aku kena bekerja lebih keras untuk memastikan semua lelemak jahat terhapus dari badan aku yang comel cute miut  ni...
Time to back to basic...





Wednesday, August 13, 2014

Don't Give Up...

Assalamualaikum...


Sebagai seorang manusia biasa, perjalanan kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya...
Ada kalanya kita akan berada di atas menggenggam kebahagiaan dan kejayaan...
Ada kalanya juga kita berada di bawah menghadapi kedukaan dan kegagalan...
Namun apa yang penting jangan sesekali kita berasa rendah diri, kecewa serta berputus asa...


Kenapa perlu berasa bangga sekiranya berada di atas dan kenapa perlu rasa putus asa sekiranya berdepan dengan kegagalan?
Perjalanan setiap insan sentiasa berbeza walaupun berada di landasan yang sama...
Setiap langkah yang kita atur, setiap keputusan yang kita ambil, menjadikan siapa diri kita sekarang...


Seandainya kita merasakan kita lemah, ada yang lebih lemah dari kita...
Seandainya kita merasakan kita hebat, ada yang lebih hebat dari kita...
Tak perlu membandingkan nasib diri dengan orang lain kerana Allah telah memberikan yang terbaik buat diri kita...


Kadang kala aku juga sering terleka mengejar impian dan meletakkan sepenuh harapan untuk berjaya...
Seringkali aku merasa lemah dan kecewa apabila apa yang aku hajati tidak tercapai...
Seringkali juga aku merasa rendah diri bila melihat kejayaan insan di sekeliling ku...
Tapi bila ku renung kembali setiap detik yang pernah aku lalui, aku kembali sedar yang hidup kita semua berbeza...


Tiada siapa yang mendapat kesempurnaan dalam kehidupan...
Tiada siapa yang dapat lari dari dugaan dan cabaran hidup...
Yang penting sekali kita terjatuh, bangun dan aturlah kembali langkah yang terhenti itu...
Seribu kegagalan mungkin diperlukan untuk mencapai sebuah kejayaan...



DON'T GIVE UP... ALLAH ALWAYS WITH YOU... 




*tetiba feeling2 sebelum tidur.... Selamat malam... :-p


Tuesday, August 12, 2014

Fit Lady In Progress - Episode 1

Assalamualaikum...

Sejujurnya aku akui yang aku memang malas nak update blog skang... 
Hehehe...
Perasaan nak update tu memang membuak-buak tapi kerajinan nak meng'online' tu memang tak sampai lagi...
Mcm yoyok ooo jerk...

Ok ok... Back to the title...
Akak Sado???
Akak Sado ni merupakan group name fit team aku...
Kenapa Akak Sado???
Itu kena tanya admin group... 
Hahaha...

Group ni ditubuhkan pada 10/05/2014 oleh cik admin yang sweet, Hana...
Terdiri dari 7 wanita bekerjaya yang berusaha mencapai target masing-masing...
Cewah... cewah...

Actually group ni sebagai tanda sokongan antara satu sama lain dari soal fitness sampai la soal life...
It's like a small sweet family...
Sebab ahli group ni pun memang sweet-sweet je...
Kami ber-7 mula kenal pun di fit club masa join season 4...

Nak cerita banyak pun tak reti kang kata aku poyo jerk promote group...
So layan je pic kat bawah ni ekkk...

1st Pic - Hanya Kami Berlima

1st time at Platform

Running @ KOMBES


Hiking - Gunung Angsi

Our Iftar




Geng Kak Limah Havoc... Hahaha...


Akhirnya Cukup Ber-7...