Tuesday, August 26, 2014

#friend

Assalamualaikum....

Diam tak diam dah sampai kita ke penghujung bulan Syawal...
Dan tiba juga kita ke penghujung bulan Ogos...
Maksudnya dah hampir 8 bulan aku terjebak dengan fit club...
Mungkin perjalanan aku agak lambat jika nak dibandingkan dengan orang lain tapi satu benda yang aku pelajari di fit club "BERBANGGALAH DENGAN PENCAPAIAN DIRI KERANA ANDA BERSAING DENGAN DIRI SENDIRI BUKANNYA ORANG LAIN"...


Mengubah cara hidup adalah satu langkah besar dan ianya merupakan satu titik permulaan menuju ke arah kejayaan...
Seperti yang pernah aku katakan dulu, seandainya aku tidak memulakan langkah pertama aku tidak pernah akan berubah dan mungkin akan semakin teruk...
Bukan mudah untuk keluar dari zon selesa...
Mental dan fizikal harus kuat dan selari...
Kedua-duanya penting dalam menentukan kejayaan perubahan yang kita buat...


Dan yang paling penting adalah sokongan dari insan sekeliling kita...
Memang benar kata Prof Muhaya sekiranya kita dikelilingi insan yang positif aura positif iti akan datang kepada kita...
Sangat bersyukur kerana dipertemukan denga kawan-kawan di fit club...
Mereka selalu membantu dan memberi semangat ketika aku mula goyah dengan perubahan ini...
Yang pastinya persahabatan itu bukan berakhir di fit club semata-mata...


Insya Allah kejayaan itu pasti milik kita...


Jalan Raya with Akak Sado

No comments:

Post a Comment