Wednesday, March 27, 2013

Smile... :-)

Assalamualaikum...

Dalam hidup kita sebagai manusia pasti ada ketikanya kita akan rasa 'down' sangat...
Bila masalah dan dugaan datang melanda kita rasa macam kelam sangat dunia ni...
Dalam sedar atau tidak pasti kita pernah mengeluh menyesali nasib dan kecewa dengan kelemahan diri...
Untuk apa sebenarnya penyesalan dan kekecewaan itu?

Allah s.w.t tidak pernah menzalimi hambaNya...
Dia memberi ujian mengikut kemampuan hambaNya...
Hanya kita, hambaNya yang sering terleka dan menzalimi diri sendiri...

Hidup ini ibarat langit yang luas...
Dugaan itu datang umpama awan hitam yang menutupi kecerahan dan keindahan langit...
Titisan hujan membasahi bumi seolah-olah membasuh kelukaan dan kekecewaan di hati...
Dan akhirnya setelah berhentinya hujan, pasti pelangi akan menghiasi langit...

Kesimpulannya, setiap dugaan yang kita lalui pasti ada kemanisan yang menanti di penghujungnya...
Jangan takut untuk mengatur langkah dan yakinlah dengan ketentuan Allah s.w.t...
Kerana perancangan Allah s.w.t. adalah yang terbaik dan lebih sempurna ...




Wednesday, March 20, 2013

I Comment...

Assalamualaikum...

Ok, kalau semalam aku dah kongsi pasal follow blog, hari ni aku nak kongsi pasal comment lak...
Opkos la bila kita dah baca post yang menarik, kita mesti nak tinggalkan komen...
Simple je basic dia... Sila ikut step di bawah...



Tada... Dah siap meninggalkan jejak di blog orang... 
Ok tak?!! 
Sebarang persoalan sila tinggalkan komen anda... :-p



Tuesday, March 19, 2013

I Follow...

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas, one of my close friend minta tunjuk ajar untuk follow blog...
Aku faham masalah dia sebab aku pun pernah menjadi 'budak baru belajar' dalam dunia internet ni...
Kebetulan pula aku memang nak follow blog cik epal (sebab aku selalu amik resepi dia)...
So, here the step :

Jumpa je ikon join/follow tu, tekan je...






Orait...
Selamat meng'follow'kan diri anda...
hehehe...




Monday, March 18, 2013

Lepak Santai...

Assalamualaikum...

Disebabkan minggu ni hari 'bujang' aku, so ini lah hasilnya...
Small gathering with old friends...


Rasanya ini 1st time aku lepak ngan kengkawan sejak aku menyandang gelaran isteri orang...
Sweet sangat...
Masing-masing dah ada life sendiri, so bila dapat peluang lepak-lepak cam ni memang best la kan...
Time cam ni tetiba teringat sebuah lagu...

Jom layan lirik nie...


Wajah Rahsia Hati 
by Fauziah Ahmad Daud

Dalam kehidupan ini 
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

Oh berdebar-debar hatinya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas diwajah rahsia hati

Monday, March 11, 2013

Sehari Sebelum Anniversary...

Assalamualaikum...

Orait, hari ni nak cerita sikit tentang aktiviti weekend aku...
Seperti yang tertulis di post sebelum ni, Wedding Anniversary aku jatuh pada hari Ahad...
So, pada hari Sabtu, 09/03/13, aku telah merajinkan diri untuk memasak sebaik je aku balik dari kerja...
Kebetulan pula minggu ni memang turn my hubby dekat Seremban...
Dengan beraninya aku memilih resepi nasi ayam sebagai menu kami hari tu...
Hahaha... Macam tak caya je aku memasak kan kan kan....
Nasib baik jadi... Huhuhu...
Yang penting my hubby makan dengan penuh berselera...
Terima kasih kerana menjaga hati isterimu... :-p

Inilah Hasilnya...

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lak aku masak sehari sebelum...
Kenapa tak masak hari anniversary je, kata special day...
Jawapan dia ialah :-

  1. Disebabkan pasar malam rumah aku hari Jumaat, so aku dah terbeli bahan awal-awal dan tersangatlah excited nak memasak... :-)
  2. Sebab aku nak ajak my hubby jalan-jalan on our anniversary day... Perlu menghargai masa yang ada sebaiknya... :-p
  3. Sebenarnya aku dah ada plan lain... Hahaha... :-D

Actually, aku adalah seorang manusia yang suka bagi hadiah dekat diri sendiri... 
Tak yah buat muka pelik ye... 
Ini sebenarnya salah satu cara kita menghargai diri sendiri... 
Aku belajar dari buku-buku motivasi yang aku baca...
So, hadiah aku untuk anniversary day ialah;
 

Aku ambil pakej ni untuk celebrate hari wanita sebenarnya memandangkan aku dapat appointment date 10/03/2013, maka jadilah dia hadiah 2 dalam 1...
Apa-apa pun thanks to Karar Spa atas servis yang cukup bagus...
Sangat lena tidurku malam itu...




Sunday, March 10, 2013

Setahun Sudah...

Assalamualaikum...

10/03/2013... Setahun sudah berlalu... Hehehe...

"ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Semoga ikatan ini akan berkekalan ke akhir hayat...
Semoga kami menjadi pasangan yang sentiasa mendapat hidayah Allah.s.w.t...
Semoga dibukakan pintu rezeki dan rahmat Allah seluas-luasnya buat kami...
Semoga kami tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup berumahtangga...
Amin...

Alhamdulillah, setakat ni dipermudahkan kehidupan...
Rasa macam baru semalam kenal ngan my hubby...
Dalam setahun ni sememangnya banyak benda yang dah kami lalui...
Maklumlah, kehidupan berumahtangga ni bukan setakat aku dan kau, tapi ianya mengenai kami dan kita...
Bayangkan dua manusia yang berbeza kehidupan selama berpulu tahun memulakan hidup bersama..

Terlalu banyak yang perlu dipelajari lagi...

Apa-apa pun...
I LOVE YOU HUBBY !!!





Friday, March 1, 2013

Jason Chen Cover Song...

Assalamualaikum...

Serius aku cakap aku tak minat lagu ni masa One Direction nyanyi....
Dengar bila radio mainkan je...
Tapi bila aku tengok video ni kat youtube, serius tak leh lupa...
Tetiba rasa sweettttt sangat... :-p


Siapa Jason Chen???  Memang aku tak kenal...
Kalau korang nak kenal, cecari sendiri kat google... :-p...
Aku mula tau nama Jason Chen masa aku boring2 kat ofis...
Search lagu kat you tube dan jumpa video ni...


Aku sukeeeee sangat.... 
So, jom layan sama-sama video ni....