Monday, March 11, 2013

Sehari Sebelum Anniversary...

Assalamualaikum...

Orait, hari ni nak cerita sikit tentang aktiviti weekend aku...
Seperti yang tertulis di post sebelum ni, Wedding Anniversary aku jatuh pada hari Ahad...
So, pada hari Sabtu, 09/03/13, aku telah merajinkan diri untuk memasak sebaik je aku balik dari kerja...
Kebetulan pula minggu ni memang turn my hubby dekat Seremban...
Dengan beraninya aku memilih resepi nasi ayam sebagai menu kami hari tu...
Hahaha... Macam tak caya je aku memasak kan kan kan....
Nasib baik jadi... Huhuhu...
Yang penting my hubby makan dengan penuh berselera...
Terima kasih kerana menjaga hati isterimu... :-p

Inilah Hasilnya...

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lak aku masak sehari sebelum...
Kenapa tak masak hari anniversary je, kata special day...
Jawapan dia ialah :-

  1. Disebabkan pasar malam rumah aku hari Jumaat, so aku dah terbeli bahan awal-awal dan tersangatlah excited nak memasak... :-)
  2. Sebab aku nak ajak my hubby jalan-jalan on our anniversary day... Perlu menghargai masa yang ada sebaiknya... :-p
  3. Sebenarnya aku dah ada plan lain... Hahaha... :-D

Actually, aku adalah seorang manusia yang suka bagi hadiah dekat diri sendiri... 
Tak yah buat muka pelik ye... 
Ini sebenarnya salah satu cara kita menghargai diri sendiri... 
Aku belajar dari buku-buku motivasi yang aku baca...
So, hadiah aku untuk anniversary day ialah;
 

Aku ambil pakej ni untuk celebrate hari wanita sebenarnya memandangkan aku dapat appointment date 10/03/2013, maka jadilah dia hadiah 2 dalam 1...
Apa-apa pun thanks to Karar Spa atas servis yang cukup bagus...
Sangat lena tidurku malam itu...




No comments:

Post a Comment