Friday, November 22, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Assalamualaikum...

Sejak beberapa minggu yang lepas agak heboh di fb dan blog-blog mengenai pemergian Ahmad Ammar Ahmad Azam...
Siapa dia ni? Kenapa nama dia di sebut-sebut?
Itu adalah soalan yang bermain di minda aku yang cute dan comel nie... :p

So aku pon mulalah aktiviti blog walking untuk mencari sedikit info...
Selepas beberapa pencarian, kesimpulan yang aku dapat ialah kita kehilangan sebutir permata yang sangat berharga...


Di saat remaja sekarang di sogok dengan hiburan yang melekakan...
Dia berdakwah memperjuangkan agama Islam...

Di saat remaja sekarang berlumba-lumba mencipta nama di rancangan realiti tv...
Dia mencipta nama demi mengejar cita-cita untuk syahid...

Di saat remaja sekarang dirosakkan dengan penjajahan minda...
Dia dimuliakan kerana agama Islam...

Pemergiannya diratapi...
Jasanya dikenang dan dihargai...
Tak perlu menjadi artis, tak perlu menjadi ahli politik...
Bak kata pepatah, 
"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

Benarlah apa yang sering dikatakan oleh Ustazah Norhafizah Musa...


Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...
Ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah redhai dan kasihi...
Al-Fatihah...

Tuesday, November 12, 2013

Sudah Jatuh, Di Timpa Tangga, Di Hempap Batu Bata...

Assalamualaikum...

Copy paste from google image...

( I ) Sudah Jatuh 

Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum raya haji kaki ku terseliuh...
Biasanya takde benda jadi...
Sapu2 minyak panas, urut2 sikit, pas dua tiga hari mesti eloknyer...

Kali ni pulak lain ceritanya...
Lepas seminggu sengalnya tak hilang, so aku pun pergilah berurut...
Dua hari lepas urut, bengkak dan sakitnya semakin menjadi-jadi...
My Hubby pun bawa la berurut dekat sorang bidan ni...
Katanya sendi aku lari dan tak dimasukkan balik sebab tu sakit dan bengkak...

Secara tradisionalnya, aku pon mula la membalut kaki aku dengan bandage dan di lumurkan dengan campuran halia dan kunyit setiap malam...

( II ) Di Timpa Tangga

Selepas seminggu, kaki aku mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan berlaku... 
Tetapi....

Secara tiba-tiba kulit di area yang di bandage gatal-gatal...
Mula-mula aku ingatkan sebab pakai bandage 20 hour/day selama seminggu ni...
Aku memang ada alahan kulit, so aku pon just letak krim je la di samping rendam kaki dalam air panas + garam + asam keping dengan harapan alahan aku akan hilang...

( III ) Di Hempap Batu Bata

Selepas seminggu aku tanggalkan bandage (atas faktor alahan) kaki aku semakin teruk...
Area yang di bandage dan gatal-gatal tu dah bertukar jadi merah dan bengkak...
Tersangatlah siksanya...

Soalan 1st yang ayah aku tanya bila tengok kaki aku, "KO ADA KENCING MANIS KE?"...
Nauzu billahi min zalik... Minta di jauhkan la...

So atas faktor kesihatan, My Hubby pon bawa la wife kesayangan dia ni ke klinik...
After check-up, doc kata aku kena jangkitan dan radang...
Kencing manis dah check dan resultnya NORMAL...
Alhamdulillah...

Kesimpulannya...

Aku masih lagi berusaha mengubati alahan pada kaki aku kerana aku sentiasa yakin setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati...

Copy paste from google image...

Mungkin ini cara Allah s.w.t untuk menyedarkan aku agar kembali kepadaNya...
Ujian yang sedikit diberikan untuk menguji keimanan...




Friday, November 8, 2013

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Sinopsis Buku : 
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

My Review :-

Novel RAM sememangnya tidak terluah dengan kata-kata...
Bila mula membaca kita seolah-olah diserap ke alam fantasi yang membolehkan kita menghayati dan memahami plot ceritanya...
Serius teruja bila baca novel ni sampai tak sanggup nak berhenti selagi tak habis... 
Kisah ini di gambar dengan terperinci sehingga aku mampu membayangkan latar belakang  kedamaian kampung sehingga ke sebuah planet yang bergolak...
Aku agak seronok membaca perkembangan watak Aiddin kepada Rayyan... 
Gabungan dunia fantasi dan realiti menarik minat aku sebab rasanya seperti menonton cerita Ultraman di Planet Ultra (Apa yang aku merepek ni?!!!)...  
Tapi yang tak syoknya bila aku rasa aku diperhatikan sepasang mata putih... Hampeh... 


Monday, November 4, 2013

Kenapa Perlu Mengkritik Kalau Mampu Menasihati?


* gambar copy dari google image

Assalamualaikum...

Mengkritik dan Menasihati adalah dua perkara yang berbeza tapi boleh berlaku dalam satu situasi yang sama. 
Dalam sedar atau tidak, kita lebih banyak melemparkan kritikan dari nasihat.


Mengkritik = menuturkan kata-kata yang melukakan dan menyakiti hati seseorang dalam menegur kekurangan orang itu.

Menasihati = menuturkan kata-kata dengan hikmah, tidak melukakan dan menyakiti hati seseorang dalam menegur kekurangan orang itu.

* gambar copy dari google image

Contoh paling simple:-

Situasi = Member kita pakai baju ketat tunjuk segala kawasan larangan. Kita nak tegur cara dia berpakaian.

Ayat Nasihat : "Kau ni cantik, cukup pakej tapi kalau kau pakai baju longgar sikit mesti lagi selesa kan."

Ayat Kritik : "Cuba pakai baju longgar sikit. Ni tak, dah macam balut nangka aku tengok. Tak pasal-pasal aku dapat saham neraka tengok aurat kau."


Mungkin ramai yang anggap benda ni biasa je. 
Orang sekarang istilah kan 'cakap direct, straight too the point, laser, telus dll'
Tapi pernah tak kita terfikir dalam sehari berapa banyak hati yang terluka kerana kata-kata kita? 
Pernah tak kita terfikir berapa ramai kawan-kawan kita yang patah semangat kerana kata-kata kita?

 Kalau tak silap, dulu ustaz/ustazah ada cakap, ramai orang yang masuk neraka kerana dosa lidah.
Tak salah nak menegur tapi gunalah ayat-ayat yang menginsafkan, membina dan membantu. 
Bukan ayat-ayat yang menimbulkan persengketaan, menjatuhkan dan melemahkan semangat.

* gambar copy dari google image
Renung-renungkan...
Coretan Ikhlas dari ku...
(copy paste from my fb)

Friday, November 1, 2013

(^_^)

Assalamualaikum...

Bersawang sudah page ni.... Adesss... Jenuh nak ngemas nie... :-p
Semenjak dua menjak jadi inche puan ni kemalasan untuk meng'online'kan diri teramatlah nyata...
Semenjak memuhasabah diri ni, tetiba je terfikir...
Kadang-kadang kita tak sedar, kebahagian kita melukakan hati orang lain...

Kenapa?!!
Sebabnya, macam aku juga...
Bila tengok kengkawan post status dengan gambar baby masing-masing, terdetik juga rasa sedih di hati...
Macam tu juga perasaan orang lain bila kita upload memacam...
Memang la niat kita nak berkongsi cerita tapi selagi boleh dielakkan, baik kita elakkan...
Betul tak kak Ton?!!

Itu sebabnya kita kena bijak untuk menilai yang mana perlu di'peribadi'kan dan yang mana perlu di'sensasi'kan...
So, mana cerita-cerita dan status fb yang dah di post, tak dapat la nak delete sebab dah berkurun kan... 
Anggap je la, itu semua cerita zaman jahiliah dulu...

Sekarang ni bersempena tahun baru Hijrah 1435H, kena mulakan balik azam dan iltizam yang baru...


Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada semua umat Islam...