Thursday, February 28, 2013

Ada Apa Dengan Blog?

Assalamualaikum...

Minggu ni aku tetiba rasa nak meneroka dunia blog sambil mengutip ilmu (puitis sungguh bahasaku)... 
Blogwalking time...


Sgt seronok dpt membaca post blogger yg lebih berpengalaman... 
One of them is Maria Elena...
Terus terang kata, aku mmg tak kenal siapa dia walaupun dia tersangatlah femess...
Maklum la, aku nie kurang mengikuti perkembangan semasa... :-p
Tapi blog dia mmg awesome... 

Ok la, bebalik pada tajuk post nie...
Tujuan asal aku buka blog sebab aku saja suka2 (lagipun blog friendster aku dah kena delete)... 
Aku meluahkan apa saja yg aku rasa dekat sini sebab aku dah malas nak tulis diari...
Kat sini aku leh post apa je sebab bukan semua benda kita boleh cerita dgn org...
Dan bukan semua orang suka kalau kita bercerita...


Masa mula-mula aku buat keputusan nak open blog nie pada kengkawan, ada jugak aku terpikir nak delete post yang agak mental and over-emo...
Tapi itu adalah sebahagian dari diri aku...
Sekurang-kurangnya bila aku baca balik post2 lama tu aku boleh gelakkan diri aku sendiri...
Hehehe.... So, aku biarkan semua tu di situ...


Kesimpulannya, ini blog aku dan aku adalah aku...
Aku akan post apa saja yang aku suka selagi ianya tak menyalahi undang-undang... 
Kalau ada kebaikan, alhamdulillah, kita kongsi sama-sama...
Mana yang kurang, maafkanlah kerana aku hanya insan biasa...
Sesungguhnya pengalaman hidup kita berbeza dan tak salah kalau kita berkongsi...
Kerana ianya memberi pengajaran yang berharga...




All image copy from google.





Tuesday, February 26, 2013

Diet... Diet... Diet...

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak share pasal program diet aku... 
Yang pasti aku TIDAK mengambil produk menguruskan badan...
Kalau sebelum ni aku mengambil langkah pertama dengan membuat pemeriksaan kesihatan,
sekarang langkah seterusnya dengan menjalani cara hidup sihat (sangat skema)...

Pesanan : 
Langkah diet ni aku lakukan berdasarkan pengetahuan aku yang terbatas dari tontonan siri The Biggest Loser, sumber bacaan (majalah, buku, risalah, internet, dll), nasihat doktor serta pengalaman aku dalam bergaul dengan orang2 yg aktif selama ini... 
Mana yang baik boleh dikongsi, mana yang buruk jangan ikut... Orait...

1st of all, dah tentu kena ada buku log untuk memantau perkembangan diet ni...
Bagi mereka yang nak turunkan berat badan macam aku, buku log ni memang penting...
Dalam buku log ni akan dicatatkan apa yang kita makan, apa yang kita buat...
Dan ini adalah cover buku log aku...


Kenapa kena ada buku log?
Ok, seperti kata Prof. Dr. Muhaya, kalau kita nak lakukan perubahan, kita kena tulis hari2 tentang apa yang kita nak ubah supaya kita boleh kekalkan motivasi diri kita...
Apa yang ada dalam buku log?
Kalau nak tau apa yang ada dalam buku log aku, sila baca sampai habis... :-p

Bila kita nak buat sesuatu, mesti ada target kan... 
So di page hadapan aku letak satu target untuk dicapai dan aku buat satu jadual untuk memantau berat serta ukuran badan aku sepanjang tempoh diet nie...


Lepas tu, aku senaraikan semua kelemahan pemakanan aku...
Maksudnya makanan tak sihat yang aku selalu ambil sebelum ni...
Bila kita dah tau kelemahan kita, barulah kita boleh cuba mengatasinya (tips ni boleh guna pakai untuk perkara lain dalam hidup)...
Aku buat jadual untuk sebulan macam bawah ni :-
Seterusnya jadual pemakanan harian...
Biasanya aku akan bawa note book kecil dalam beg mana je aku pegi untuk tulis apa je yang aku makan...
Malam sebelum tidur baru aku update buku log aku...
Dari sini dah nampak kesilapan aku masa diet biasanya...


Dan akhir sekali, rajin-rajinkanlah diri untuk membaca testimoni kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi...
Kalau orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh buat kan...
Aku biasanya akan buka blog Kevin Zahri sebab dekat blog ni ada banyak testimoni serta tips yang boleh di guna pakai sepanjang program diet ni...


Apa-apapun, dalam hidup ni setiap tindakan perlu disertakan dengan keazaman dan semangat yang kental...
Bukan mudah untuk berjaya kalau tak kuat semangat...
Dugaan akan datang dan cabaran pasti ada untuk berjaya...
So, selamat berDIET buat diriku...
Doakan aku berjaya ye kengkawan...

Monday, February 18, 2013

Trip To Meet Mr Hubby

Assalamualaikum...

Weekend kali ni my hubby dengan baik hatinya dah beli tiket bas pergi balik untuk aku ke Johor...
Habis je kerja hari Sabtu, aku terus rush pergi terminal bas...
Lama kot aku tak naik bas ekspress ni...


Macam biasa bila naik bas aku akan angkut semua beg naik atas...
Sebab barang tak banyak, aku bawa backpacks je...
Serius aku teruja dapat naik bas sorang2 macam zaman bujang dulu...
Hahaha...

Muka Teruja.... Nampak Tak???

Sampai Larkin, my hubby dah sedia menunggu... 
Kat Johor kami lepak hostel my hubby (hostel la sangat)...
Sebelum balik bilik my hubby, kami ke Setia Tropika melawat adik bongsu ku...
Atau dalam erti kata lain, mengepaw adik ku untuk makan malam...
Untung dapat akak macam aku kan... Hehehe... :-p

Lepas makan kami terus balik bilik sebab tak banyak aktiviti yang boleh di buat malam minggu macam ni...
Dah la jalan padat macam tin sardin... 
Aku pun tak tau mana datang kereta bebanyak kat Johor ni...
Disebabkan aku pun dah penat so aku pun ZZZzzzz....

Bukti aku dah sampai Johor... Lalalala...




Tuesday, February 12, 2013

Hjh Mainun Birthday

Assalamualaikum...

Selamat hari lahir buat bonda tercinta, Hjh Mainun Md Esa...
60 tahun sudah... :-)
Semoga Allah s.w.t. merahmati dan memberkati hidup bonda dan semoga bonda berbahagia di dunia dan akhirat...

We love you mom...

Jom Makan Kek...