Thursday, February 28, 2013

Ada Apa Dengan Blog?

Assalamualaikum...

Minggu ni aku tetiba rasa nak meneroka dunia blog sambil mengutip ilmu (puitis sungguh bahasaku)... 
Blogwalking time...


Sgt seronok dpt membaca post blogger yg lebih berpengalaman... 
One of them is Maria Elena...
Terus terang kata, aku mmg tak kenal siapa dia walaupun dia tersangatlah femess...
Maklum la, aku nie kurang mengikuti perkembangan semasa... :-p
Tapi blog dia mmg awesome... 

Ok la, bebalik pada tajuk post nie...
Tujuan asal aku buka blog sebab aku saja suka2 (lagipun blog friendster aku dah kena delete)... 
Aku meluahkan apa saja yg aku rasa dekat sini sebab aku dah malas nak tulis diari...
Kat sini aku leh post apa je sebab bukan semua benda kita boleh cerita dgn org...
Dan bukan semua orang suka kalau kita bercerita...


Masa mula-mula aku buat keputusan nak open blog nie pada kengkawan, ada jugak aku terpikir nak delete post yang agak mental and over-emo...
Tapi itu adalah sebahagian dari diri aku...
Sekurang-kurangnya bila aku baca balik post2 lama tu aku boleh gelakkan diri aku sendiri...
Hehehe.... So, aku biarkan semua tu di situ...


Kesimpulannya, ini blog aku dan aku adalah aku...
Aku akan post apa saja yang aku suka selagi ianya tak menyalahi undang-undang... 
Kalau ada kebaikan, alhamdulillah, kita kongsi sama-sama...
Mana yang kurang, maafkanlah kerana aku hanya insan biasa...
Sesungguhnya pengalaman hidup kita berbeza dan tak salah kalau kita berkongsi...
Kerana ianya memberi pengajaran yang berharga...




All image copy from google.





1 comment: