Monday, January 26, 2015

Ada Apa Dengan Personal Trainer...

Assalamualaikum...

Eppy New Year 2015...
Hehehe...
New year la sangatkan.... Dah dekat sebulan kot...
Whatever....
Diam tak diam dah setahun aku melangkah masuk ke active lifestyle...
Banyak juga page-page fitness yang aku dah jumpa...
Antara page yang sering menjadi sumber rujukan aku ialah ;

FB Page My Bodywork
FB Page Diane Sera
FB Page Kevin Zahri
FB Page Susu Sejat

Selain tu ada juga follow page beberapa personal trainer, fitness instructor dan insan-insan yang mengamalkan healthy and active lifestyle untuk berkongsi pengalaman dan ilmu mereka dalam fitness life...
Kesimpulannya ialah, bila kita nekad untuk berubah, Allah s.w.t akan temukan kita dengan insan-insan yang mampu membantu kita ke arah perubahan itu...
Cuma cara pertemuan itu yang tak dapat dipastikan...


Berbalik pada tajuk di post...
Sejak setahun yang lalu bila aku workout selalunya aku akan sakit lutut...
Especially bila aku buat squat dan lunges...
Senior-senior kat club kata benda tu normal sebab berat badan terlebih...
Tapi kalau dah dekat setahun benda tu masih tak berubah adakah ianya normal?


Bila benda ni kerap berbalik, aku mula terfikir mungkin aku perlu ambil khidmat jurulatih profesional untuk atasi masalah ni...
Pada fikiran aku, coach yang ada dekat fit club kebanyakannya mengajar menggunakan pengalaman mereka semata-mata... 
Lagipun diaorang perlu uruskan group yang besar so tak boleh la nak fokus pada masalah insan-insan istimewa macam aku ni sangat...


So aku pun mula lah operasi mencari fakta untuk teori-teori aku tu sehinggalah aku jumpa status-status di bawah ni :-





Akhirnya....
Bila orang yang layak mula bersuara, bertepek-tepek dia bagi point...
Dush... dush... dush...
Amekkaw... hahaha...
Kalau tak sedar diri gak tak taw la...


So pada hujung tahun lalu, aku telah memberanikan diri untuk melamar seorang personal trainer yang BERSIJIL dan DIIKTIRAF...
Selepas sesi perkenalan dan pencerahan di antara client dan trainer, serta selepas sidang budget antara husband and wife, secara rasminya sesi personal trainer bermula pada December 2014...

Aku akan ceritakan lebih lanjut dalam post akan datang...