Thursday, January 30, 2014

Ada Apa Dengan Air?

 Assalamualaikum...

Hari ni kita cerita sikit pasal air...
Air kosong tau... Bukan air manis jauh sekali air berkarbonat...
70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air...
Mengikut kajian, manusia boleh bertahan berminggu-minggu tanpa makanan tetapi  hanya beberapa hari tanpa air...
Kenapa ekk jadi cam tu...
Sebabnya setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air...

Ibaratkan badan dalaman kita ni umpama tanah dan badan luaran kita umpama pokok...
Bila kita tanam pokok, kita kena siram hari-hari biar tanah lembap so pokok pun boleh dapat air dari tanah untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil... 
Tapi kalau kita tanam pokok lepas tu tinggalkan tak siram, tanah akan kering, pokok akan layu dan mati...

Jom kita tengok fungsi air...
(sila klik pic untuk tengok lebih jelas)

copy paste from google


copy paste from google


Antara Kepentingan Air Dalam Diet :-
  • melancarkan proses penghadaman 
  • mengurangkan risiko pembentukan batu karang
  • meningkatkan tenaga
  • mengurangkan tekanan
  • mencantikkan kulit


Antara Kesan kekurangan air :-

  • kepenatan
  • sembelit
  • sakit kepala yang kerap
  • ketegangan otot
  • tekanan darah tak seimbang
  • masalah buah pinggang
  • kulit kering


Memang susah untuk konsisten pada awalnya tapi kalau kita displinkan diri dan tetapkan target untuk minum air secukupnya, in sha Allah berjaya...
Di samping minum air kosong, boleh juga diamalkan minum teh hijau untuk ganti air manis yang dah jadi kebiasaan tu...


Friday, January 24, 2014

Visceral Fat

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita sikit tentang Visceral Fat...
Apa itu visceral fat?
Nama macam ganas je kan...
Kalau nak tau jom kita belajar...


Pic copy from FB Seremban Fit Challenge


Apa itu VISCERAL FAT ?!!

  • Visceral Fat adalah lemak dalam badan yang membaluti organ vital seperti hati, jantung, ginjal, dll.  
  • Visceral Fat yang tinggi berbahaya kepada badan kerana akan menjadi punca masalah jantung, diabetis, stroke, darah tinggi, kolestrol dalam darah, dll... 





Punca VISCERAL FAT ?!!

  • Visceral Fat berpunca dari diet tidak seimbang seperti pengambilan secara berlebihan pelbagai jenis makanan berkalori tinggi, lemak tepu, karbohidrat, gula. 
  • Kalori berlebihan yang tidak diperlukan badan akan ditukar kepada lemak dan menghasilkan Visceral Fat yang tinggi.



Cara mengatasi VISCERAL FAT yang tinggi ?!!

Mengikut kajian Visceral Fat hanya boleh di kawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang seperti :-
  • Bersenam secara berterusan di samping membina otot. Lebih banyak senaman yang dilakukan, lebih banyak Visceral Fat yang dapat dihilangkan.
  • Diet nutrisi yang baik. Perbaiki habit pemakanan anda. Elakkan makanan yang tidak sihat dan gantikan dengan makanan yang bernutrisi.
  • Rehat yang cukup. Masalah kurang tidur akan menyebabkan badan menjadi letih dan mendorong keinginan untuk makan banyak lalu menambah berat badan.


Visceral Fat yang terkumpul dalam badan manusia


Moral of story :-
Mencegah lebih baik dari mengubati...

Jadi sama-sama lah kita ubah cara hidup kita...
Hargailah tubuh yang Allah s.w.t pinjamkan kepada kita ini sebaik mungkin...



Thursday, January 16, 2014

Three days in a row...

Assalamualaikum...

Jangan sia-siakan cuti anda...
Cewah cewah... Ayat x leh blah...

Kalau sebelum ni bila hari cuti berturut-turut ni aku sangat suka habiskan masa aku dengan melepak atas katil atau melepak atas sofa depan tv...
Tapi cuti kali ni lain sikit sebab aku dah jumpa aktiviti untuk mengisi masa lapang... :-)


- Zumba on 13 Jan 14 -


- Futsal on 14 Jan 14 -


- Boot Camp on 15 Jan 14 -


Nampak seronokkan...
Memang seronok pun tapi ini seronok yang ada hasil la...
Apa hasilnya??? 
Ini dia hasilnya...


- Timbangan berat sebelum zumba -


Aku sangat teruja bila tengok nombor-nombor yang semakin menaikkan semangat aku untuk terus berusaha keras...
Harap motivasi ku akan terus di landasan yang betul...

Tuesday, January 7, 2014

Season 4 - 1st Fit Test

Assalamualaikum...

Last Saturday (4 Jan) is Fit Test Day....
Ada apa dengan fit test?

Korang sedia maklum yang aku dah join Seremban Fit Challenge - Season 4...
Fit Test ni merupakan permulaan challenge ni...
Result akan direkodkan untuk di nilai pencapaian di akhir season nanti...
Yang bestnyer dalam challenge ni kita hanya bersaing untuk pecahkan rekod SENDIRI diulangi rekod sendiri bukan rekod orang lain...

Ujian terdiri dari 3 bahagian iaitu :-
- Kiraan push up dalam satu minit...
- Kiraan sit up dalam satu minit...
- Kiraan masa untuk larian 1.6km


Antara peserta dan coach - Fit Test, 4 Jan 2014

Result Fit Test aku...
Push Up in 1 min  =  22
Sit Up in 1 min  =  16
Run 1.6km  =  16.4min

Waaaaaa...
Mana energy aku ni...
Stamina dah low sangat sejak meningkat usia ni...
Need to work really hard...

Ok sebelah petang pula ada sesi orentasi...
Sesi timbang berat bermula...



Nampak tak penurunan dan peningkatan yang berlaku dalam masa 2 minggu...
Hehehe....

Moral of story :-
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan




- Zumba on 6 Jan 2014 -

Sunday, January 5, 2014

Memahami Konsep DIET...

Assalamualaikum...


Pernah satu ketika dahulu macam-macam cara aku lakukan untuk kuruskan badan...
Pernah aku berpuasa selama dua minggu berturut-turut dan berbuka hanya dengan memakan roti...
Pernah juga aku skip meal dan elak makan nasi....
Dan pernah juga aku exercise tak ingat dunia sampaikan masa berpuasa pun aku leh gi jogging...


Hasilnya berat badan memang turun tapi kesannya lepas tu aku macam orang tak cukup zat...
Badan lemah lesu... 
Cepat letih... 
Dan yang pastinya sering kelaparan...
Akhirnya bila dah tak tertanggung, aku akan mula makan, makan dan makan...
Persoalannya, kenapa jadi macam tu??!!!


Ok, jom kita belajar...
Konsep penurunan berat badan yang sihat sebenarnya ialah rule 80/20....


Jika kita berdiet tanpa bersenam, lemak-lemak sedia ada dalam badan kita akan tetap ditempatnya...
Jika kita bersenam tanpa menjaga diet, lemak-lemak baru yang masuk dalam badan akan tetap terkumpul...
Nak tau kenapa? 

Contohnya :- 
Kita jogging 2km lepas tu balik kita makan roti canai 3 keping atau nasi lemak 2 bungkus dengan teh tarik...
Kita bakar lemak lama, lepas tu kita tambah balik lemak baru...

Untuk berdiet kita perlu tahu DCR (Daily Calories Requirement) badan kita...
Apa itu DCR?
DCR adalah nilai kalori harian yang diperlukan badan yang akan menentukan turun naik berat badan...


Setiap 1 kg berat bersamaan 7700 kalori.

So dalam erti kata lain, kita perlu tahu dan kira nilai kalori yang kita makan seharian...
Untuk belajar lebih tentang kalori ni boleh la melawat page Susu Sejat.



Selamat Berdiet...





Friday, January 3, 2014

Tip Asas Diet...

 Assalamualaikum...

Hari ni nak share tip asas diet...
  1. Setkan matlamat jangan terlalu memaksa badan... (Slow progress is better than no progress)
  2. Minum air kosong secukupnya...
  3. Jangan skip meal terutamanya breakfast... Kawal kuantiti makanan yag di ambil...
  4. Jadikan sayur dan buah sebagai snack harian...
  5. Rehat yang secukupnya...
  6. Bersenam sekurang-kurangnya 30min sehari, seminggu 3 kali...
Selain tu, rerajin la mengonline dan mengusya blog-blog yang berkaitan dengan diet...

Antaranya :-

Blog Kevin Zahri --- http://kevinzahri.com/
Blog Susu Sejat --- http://sususejat.com/
dann lain-lain blog yang boleh di search di google...


Selamat berdiet...










Thursday, January 2, 2014

Wednesday, January 1, 2014

New Year for New Me !!!

Assalamualaikum...

It's New Year Everyone !!!!!
It's New Journey !!!!!



Sangat excited untuk memulakan tahun baru...
Bukan sebab nak jadi orang barat yang mengagungkan tahun baru masihi tp sebab 2014 dengan rasminya bermula satu perjalanan baru untuk menuju satu kejayaan...
Memang banyak perancangan untuk tahun ni...
Tapi sekarang ada benda yang lebih penting untuk diuruskan...

It's time to be fit and healthy person...

Oppss... Pic terlebih sudah... :-p

Hehehe...
Terlebih semangat pulak awal-awal tahun ni...
Semoga motivasi diri ini akan berkekalan sehingga ke puncak kejayaan...

Satu lagi kebenaran :-
Bila kita berada dikalangan orang yang mempunyai sama motivasi dengan kita, kita akan lebih bersemangat...

Itu yang berlaku pada aku sekarang...
Sejak join fit club, aku dikelilingi orang yang sama arah tuju dengan aku...
To be fit and healthy...
Aku dapat 3 orang team baru (Lin, Siti and Fary)...
Itu semua menjadikan aku lebih fokus pada arah tujuan aku...
Kalau sebelum ni selalu saja ada tembok yang menghalang aku dari berubah, kini aku rasa kt tembok tu dah ada lubang-lubang kecil yang mula membesar menyinari harapan untuk aku berubah...
Dan yang lebih penting....




Yes... It's happen because of me...
(betul ke idak aku cakap ni)

Yang pastinya, ini bukan sekadar impian, angan-angan, khayalan dan yang sewaktu dengannya...
Ini adalah realiti yang aku akan pastikan terjadi...