Friday, January 24, 2014

Visceral Fat

Assalamualaikum...

Hari ni nak bercerita sikit tentang Visceral Fat...
Apa itu visceral fat?
Nama macam ganas je kan...
Kalau nak tau jom kita belajar...


Pic copy from FB Seremban Fit Challenge


Apa itu VISCERAL FAT ?!!

  • Visceral Fat adalah lemak dalam badan yang membaluti organ vital seperti hati, jantung, ginjal, dll.  
  • Visceral Fat yang tinggi berbahaya kepada badan kerana akan menjadi punca masalah jantung, diabetis, stroke, darah tinggi, kolestrol dalam darah, dll... 





Punca VISCERAL FAT ?!!

  • Visceral Fat berpunca dari diet tidak seimbang seperti pengambilan secara berlebihan pelbagai jenis makanan berkalori tinggi, lemak tepu, karbohidrat, gula. 
  • Kalori berlebihan yang tidak diperlukan badan akan ditukar kepada lemak dan menghasilkan Visceral Fat yang tinggi.



Cara mengatasi VISCERAL FAT yang tinggi ?!!

Mengikut kajian Visceral Fat hanya boleh di kawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang seperti :-
  • Bersenam secara berterusan di samping membina otot. Lebih banyak senaman yang dilakukan, lebih banyak Visceral Fat yang dapat dihilangkan.
  • Diet nutrisi yang baik. Perbaiki habit pemakanan anda. Elakkan makanan yang tidak sihat dan gantikan dengan makanan yang bernutrisi.
  • Rehat yang cukup. Masalah kurang tidur akan menyebabkan badan menjadi letih dan mendorong keinginan untuk makan banyak lalu menambah berat badan.


Visceral Fat yang terkumpul dalam badan manusia


Moral of story :-
Mencegah lebih baik dari mengubati...

Jadi sama-sama lah kita ubah cara hidup kita...
Hargailah tubuh yang Allah s.w.t pinjamkan kepada kita ini sebaik mungkin...



No comments:

Post a Comment