Thursday, January 30, 2014

Ada Apa Dengan Air?

 Assalamualaikum...

Hari ni kita cerita sikit pasal air...
Air kosong tau... Bukan air manis jauh sekali air berkarbonat...
70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air...
Mengikut kajian, manusia boleh bertahan berminggu-minggu tanpa makanan tetapi  hanya beberapa hari tanpa air...
Kenapa ekk jadi cam tu...
Sebabnya setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air...

Ibaratkan badan dalaman kita ni umpama tanah dan badan luaran kita umpama pokok...
Bila kita tanam pokok, kita kena siram hari-hari biar tanah lembap so pokok pun boleh dapat air dari tanah untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil... 
Tapi kalau kita tanam pokok lepas tu tinggalkan tak siram, tanah akan kering, pokok akan layu dan mati...

Jom kita tengok fungsi air...
(sila klik pic untuk tengok lebih jelas)

copy paste from google


copy paste from google


Antara Kepentingan Air Dalam Diet :-
  • melancarkan proses penghadaman 
  • mengurangkan risiko pembentukan batu karang
  • meningkatkan tenaga
  • mengurangkan tekanan
  • mencantikkan kulit


Antara Kesan kekurangan air :-

  • kepenatan
  • sembelit
  • sakit kepala yang kerap
  • ketegangan otot
  • tekanan darah tak seimbang
  • masalah buah pinggang
  • kulit kering


Memang susah untuk konsisten pada awalnya tapi kalau kita displinkan diri dan tetapkan target untuk minum air secukupnya, in sha Allah berjaya...
Di samping minum air kosong, boleh juga diamalkan minum teh hijau untuk ganti air manis yang dah jadi kebiasaan tu...


No comments:

Post a Comment