Saturday, August 1, 2015

The result for :- Fight2Slim Raya Challenge...






Assalamualaikum smua...

X mo cerita banyak...
Biarlah gambar yang berbicara...



Awal Ramadhan


Result in 1 month



Syawal 2015





Thursday, July 9, 2015

Iftar With AS

Salam Ramadhan...

Selamat Berbuka Puasa... Sila abaikan pinggan di atas meja...

Semalam adalah iftar AS bersama untuk tahun ke-2...
Last kami berjumpa masa dinner bujang sebelum majlis perkahwinan Alin...
Dekat sebulan lebih juga la...


Macam biasa la, bila dah lama tak jumpa macam-macam cerita nak dikongsikan sampai tak sedar masa berlalu terlalu pantas...
Apa yang dapat dikongsikan di sini, aku sangat merindui saat-saat kami bersama...
Bukan senang 6 orang yang berbeza latar belakang dan cara hidup dapat bersama membina sebuah hubungan yang dinamakan persahabatan...


- Parti Bujang Part 2 -


Sesungguhnya ikatan persahabatan itu agak unik...
Sahabat itu tidak perlu sentiasa ada di sisi tetapi selalu dekat di hati...
Ibarat bintang di langit adakalanya bila langit dilindungi awan bintang itu tidak kelihatan tetapi ia sentiasa ada di situ menanti masa untuk memancarkan sinarnya...



Dan aku...

Ingin sekali rasanya aku menjadi bulan yang mampu meminjamkan sinar untuk menerangi malam...
Aku ingin selalu ada untuk sahabat-sahabat ku dalam setiap situasi yang mereka tempuhi...
Aku ingin berkongsi setiap tawa dan tangis bersama mereka...
Kerana bagi aku mereka antara insan istimewa yang telah Allah s.w.t pinjamkan pada aku untuk dihargai dan disayangi...


Terima kasih kerana hadir mewarnai kehidupan ini dengan gelagat korang yang hyper...
Hope ikatan ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat...
Miss u all sooooo much...



AS with love...



Friday, July 3, 2015

Countdown - 2 weeks to go...

Salam Ramadhan...

Gumbira sungguh rasa di hati...
Nak tau kenapa?!!
Taadaa...


- Hasil Eat Clean & Senaman -


Ahaks...
Syukur sangat berat badan ni turun jua...
Yang penting tanpa sebarang produk dan secara semulajadi ye...
Sepanjang tempoh diet ni apa yang dapat aku cakap, bila kita makan makanan yang betul walaupun dalam kuantiti yang sedikit kita akan merasa kenyang jangka masa yang lama...
Sekalipun berpuasa, aktiviti fizikal jangan dilupakan...
Ambil masa untuk bersenam samada setengah jam sebelum berbuka, selepas terawih atau pun sebelum sahur...
Dengan gabungan 80% eat clean 20% exercise, bersama 100% minda dan jiwa yang tekad, insyaAllah akan membuahkan hasil...


Antara menu berbuka aku sepanjang minggu kedua ni :-





Moral of story :-
Di mana ada usaha di situ akan ada kejayaan...

Kipidap...





Thursday, June 25, 2015

Countdown - 3 weeks to go...

Salam Ramadhan...

Seminggu sudah berlalu...
Program Fight2Slim Raya Challenge berlangsung dengan jayanya...
Dah jadi masterchef lak aku kat dapur tiap kali balik keje...
Parent aku pada mulanya agak pelik sebab aku tak berbuka kat rumah diorang tapi setelah aku bagi tau yang aku diet dan masak sendiri, diorang pun layan je la...

Meh aku belanja korang gambo antara menu sahur dan berbuka aku dalam minggu pertama Ramadhan ni...
Belanja gambo je la...
Hehehe...












Menarik tak?!!
Sapa kata kalau eat clean tak boleh makan sedap...
Sedap pon dapat, sihat pon dapat...
Hehehe...









Wednesday, June 17, 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan...

Tahun ni aku semat satu azam dalam diri untuk sepanjang Ramadhan ni...
"SAY NO TO BAAZAR RAMADHAN"
Bukan nak anti dengan peniaga di baazar tapi memikirkan keadaan ekonomi yang belum ada hujung pangkal ni, baik aku start berjimat dari sekarang...
Ayat nak skema... Aptb tul...

Lagi pun bila dikenang kembali sejarah Ramadhan yang lampau, dah banyak sangat pengajaran yang boleh diambil...
Contohnya :- makanan basi, air gula tumpah, makanan tak habis, dll...
Semua tu berkait dengan nafsu...
Nafsu si penjual yang inginkan keuntungan tanpa memikirkan tahap kebersihan dan kualiti produk mereka...
Serta nafsu si pembeli yang tamak haloba nak makan segala jenis mak nenek juadah yang di pandang mata...

Sebab tu aku ambil inisiatif untuk memasak sepanjang bulan Ramadhan ni...
InsyaAllah...



My Fitness Life

 Start 1 Ramadhan aku akan memulakan Fight2Slim Raya Challenge yang dianjurkan oleh my personal trainer, Kak Sue...



Mula-mula aku tak yakin dapat bagi komitment tapi memandangkan challenge ni bertepatan dengan azam Ramadhan yang aku buat, so aku pun teruskan usaha murni aku tanpa ragu-ragu...
Di samping aku berjimat tak pergi baazar, dapat aku turunkan berat aku yang semakin bertambah ni...
Cewah... cewah...

Sejak aku injured lutut beberapa bulan lepas, aku telah berjaya dengan jayanya menternak lemak-lemak tepu di dalam badan...
Hasilnya, dari berat aku 95kg dah jadi 100kg di pagi 1 Ramadhan...
Kucewa sungguh melihat angka timbang tu...

-Budak Demok Kembali-



Aku akan pasti kan di penghujung Ramadhan akan ada perubahan yang berlaku...
Tungguuuu...

Thursday, March 19, 2015

Pic Lama...

Assalamualaikum...

Terjumpa pic lama masa dok godek CD...
Tak taw nak post apa kat blog, so layan je la pic aku nie yer...
Hehehe...









 


Tuesday, March 10, 2015

3rd Anniversary

Assalamualaikum....


Diam tak diam tiba juga ke tarikh yang telah mencipta sejarah besar dalam hidup aku...
10 Mac 2012 yang lalu aku telah diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang sudi menerima aku seadanya sebagai teman hidup...
Pada tarikh ini dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri kepada Salehuddin Hamzah dengan disaksikan oleh ahli keluarga kami...
Walaupun majlis kahwin kami sederhana dan tak semeriah adik-beradik aku yang lain, tapi aku tetap bersyukur kerana segalanya berjalan lancar...



Semoga ikatan ini akan berkekalan sehingga ke Jannah...
Semoga kami menjadi pasangan yang soleh dan solehah...
Semoga kami di beri ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi dugaan alam perkahwinan...
Aminn...




Monday, March 2, 2015

Ammi's Wedding

Assalamualaikum...

Bulan Februari 2015 telah meninggalkan sebuah lagi kenangan buat geng AS...
Ammi kawennnnnn!!!!!
Weee.... Seronoknya dapat makan kenduri...
Hahahaha...

Seminggu sebelum majlis, geng AS berkumpul untuk meraikan bakal pengantin...
Parti bujang la katanya...
Cukup pun 7 orang geng AS kali ni...
Paling tak boleh nak lupa bila Alin boleh nyanyi lagu 'Renjis Renjis Di Pilis' masa karaoke...
Memang tak leh blah...
Hahaha...

'Parti Bujang' katanya...

Apa-apa pun, welcome to the club sis...
Selama ni hanya aku seorang je yang bergelar 'PUAN' dalam group kami tapi sekarang dah ada geng...
Alhamdulillah...
Semoga ikatan pernikahan mereka berkekalan sehingga ke Jannah...
Aminnn...


On the way...

AS with Bride...


Tuesday, February 10, 2015

Ada Apa Dengan BFF...

Assalamualaikum...



Bermula dari tahun 1996 hingga tahun 2015...
Dari status anak dara sehingga ke isteri orang, sampai dah ada yang jadi mak orang...
Persahabatan yang bermula di bangku sekolah terus terjalin utuh...
Alhamdulillah, 19 tahun sudah berlalu......





Tak terasa detik waktu yang berlalu...
Terlalu banyak kenangan yang kami kongsi bersama...
Setiap kali kami ketawa, menangis, bergaduh, berpisah, setiap kali itulah terakamnya memori indah dalam persahabatan kami...

Bukan mudah untuk membina sebuah persahabatan...
Semoga persahabatan kami akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat...
Kerana tanpa meraka siapalah aku...

Mereka antara sumber kekuatan aku ketika aku lemah...
Mereka umpama tangan yang menarik aku ketika aku jatuh...
Mereka tempat aku mengadu ketika aku menghadapi kekusutan...


2008 (maybe...)

Usia telah mematangkan kami...
Tanggungjawab dalam kehidupan dan pada keluarga telah menjarakkan kami...
Walaupun jarang bersua, itu bukan bererti kami melupakan satu sama lain...
Sahabat adalah untuk selamanya...

Semoga Allah s.w.t merahmati sahabat kesayangan ku...
Semoga mereka berada dalam perlindungan Allah s.w.t...
Sesungguhnya aku sayang kamu berdua...


2014

Wednesday, February 4, 2015

Ada Apa Dengan Personal Trainer... (Part 2)

Assalamualaikum...

Seperti dijanjikan sebelum ni, kenalkan my personal trainer Coach Sue Ismail...
One of strong, fit and active mama...


Aku kenal kak Sue masa dia datang club atas jemputan salah seorang coach...
Masa tu aku hanya tau kak Sue ni salah seorang coach yang handle BootCamp Bakar Lemak...
Cuba mendekati tapi macam biasa la, kalau dah namanya Norhuda, memang berat sangat mulutnya nak menegur orang yang tak dikenali...
So I just say hye hye bye bye...

After a few month, aku jumpa id kak Sue dekat fb dan terus add...
Bermula dengan minta tips pernafasan masa jogging sampai la aku minta dia jadi personal trainer...
Apa yang aku boleh katakan, kak Sue seorang yang down to earth dan tak lokek ilmu...

1st conversation aku dengan kak Sue...

Selepas beberapa perbincangan dan sesi suai kenal, pada 02.12.2014 secara rasminya aku ambil kak Sue jadi personal trainer aku...
Sepanjang training dengan kak Sue, aku diajar step senaman yang bersesuaian dengan kondisi lutut aku yang selalu sakit macam dimamah usia ni...

Antara kebaikan mengambil personal trainer, mereka tahu cara-cara untuk mengelakkan kecederaan, kita akan mendapat perhatian khusus sepanjang sesi latihan dan sesi senaman lebih teratur mengikut tahap kecergasan fizikal serta mental...

Salah satu sesi PT aku dengan kak Sue...

Banyak yang aku pelajari dari kak Sue...
Bukan setakat senaman malah nasihat dan motivasi diri...
Setiap kali aku rasa down, kak Sue akan beri kata-kata semangat untuk bangkit dan terus berusaha...
Dan cara kak Sue lebih kepada membantu aku berfikir dalam membuat keputusan...
Bukan memaksa atau menentukan apa yang perlu aku buat...
Dan itulah sebenarnya apa yang aku perlukan...

Fit Malaysia, Seremban on 01.02.2015

Kesimpulannya...
Mungkin ramai yang beranggapan mengupah Personal Trainer ni hanya menghabiskan duit...
Pada aku sebenarnya ia sangat berbaloi sebab kita keluarkan duit SEKALI untuk Personal Trainer Session tapi kita akan berkawan dengan coach kita di luar sesi dan masih boleh mendapat nasihat serta pendapat dari coach kita walaupun sesi personal trainer telah tamat...
Dan yang paling penting bila ambil Personal Trainer yang sama jantina sesi latihan akan menjadi lebih selesa dan kurang rasa malu bila perlu melompat, menonggeng dan lain-lain aksi ganas yang lain...
Hehehehe....