Wednesday, June 17, 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Salam Ramadhan...

Tahun ni aku semat satu azam dalam diri untuk sepanjang Ramadhan ni...
"SAY NO TO BAAZAR RAMADHAN"
Bukan nak anti dengan peniaga di baazar tapi memikirkan keadaan ekonomi yang belum ada hujung pangkal ni, baik aku start berjimat dari sekarang...
Ayat nak skema... Aptb tul...

Lagi pun bila dikenang kembali sejarah Ramadhan yang lampau, dah banyak sangat pengajaran yang boleh diambil...
Contohnya :- makanan basi, air gula tumpah, makanan tak habis, dll...
Semua tu berkait dengan nafsu...
Nafsu si penjual yang inginkan keuntungan tanpa memikirkan tahap kebersihan dan kualiti produk mereka...
Serta nafsu si pembeli yang tamak haloba nak makan segala jenis mak nenek juadah yang di pandang mata...

Sebab tu aku ambil inisiatif untuk memasak sepanjang bulan Ramadhan ni...
InsyaAllah...



My Fitness Life

 Start 1 Ramadhan aku akan memulakan Fight2Slim Raya Challenge yang dianjurkan oleh my personal trainer, Kak Sue...



Mula-mula aku tak yakin dapat bagi komitment tapi memandangkan challenge ni bertepatan dengan azam Ramadhan yang aku buat, so aku pun teruskan usaha murni aku tanpa ragu-ragu...
Di samping aku berjimat tak pergi baazar, dapat aku turunkan berat aku yang semakin bertambah ni...
Cewah... cewah...

Sejak aku injured lutut beberapa bulan lepas, aku telah berjaya dengan jayanya menternak lemak-lemak tepu di dalam badan...
Hasilnya, dari berat aku 95kg dah jadi 100kg di pagi 1 Ramadhan...
Kucewa sungguh melihat angka timbang tu...

-Budak Demok Kembali-



Aku akan pasti kan di penghujung Ramadhan akan ada perubahan yang berlaku...
Tungguuuu...

No comments:

Post a Comment