Monday, December 14, 2009

half of December....

lagi 4 ari nak masuk 1 muharam.... lagi 15 ari nk masuk new year... adesss.... cptnyer masa berlalu... pening gak aku bila memikirkan kebizian yg melanda diri aku skang... bz ker??? hehehe...
idup aku skang nie, opis, umah, umah, opis.... aku masih lg tercari-cari aktiviti sampingan utk aku menenangkan otak aku yang kadang2 'ting tong' nie...

smlm my bestfriend ever after tlh pun menamatkan zaman bujangnya... tgl aku sorang je dlm group kami yg x kawen lg... adesss,,,, tension siot... nanti la aku upload gambar... skang nie bz la... tiap kali lunch kena balik umah... hahaha!!!!!!!!!!! saving plan.... k la, adios... nk masuk keje nie...

Saturday, November 21, 2009

Kembali.....

akhirnya aku kembali meng'update' blog ku ini.... aku skang dah mula keje... ok la.... sekurang-kurangnya aku x pegang title penganggur tu lelama... tension wooo..... kerja baru aku lebih kurang macam dulu cuma kali ni coustomer aku terdiri dr org2 dewasa.... so cabaran gak la... apa2 hal pon, doakan aku berjaya dgn hidup baru yerk... bye...

Wednesday, November 11, 2009

Perjalanan Hidup Seorang Penganggur...

masuk ari nie dh 11 ari aku bergelar penganggur... keje kosong byk tp entah la... bukan aku nk memilih tp kakak2 aku tu mmg sukar utk difahami... susah betul la nk puaskan ati org nie...

Saturday, October 31, 2009

Last Day...

ari nie last day aku kt penang... sedey la plk... thanks 2 all my frens.... to bella thanks 4 da card... i akan simpan bebaik... k la, ngah sedey nie... x de idea nk taip...

Thursday, October 29, 2009

HaPPy BiRTHDaY SCoRPio !!!!

happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to NORHUDA...
happy birthday to me...

yeeeehaaaa.... akhirnya tiba sudah tarikh keramat wat diri ini... tak sangka dah 26thn aku hidup di muka bumi ini... alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana masih membenarkan aku bernafas dan memberikan aku kesempatan untuk memperbaiki segala kekurangan dan kesalahan diriku... semoga dengan pertambahan usia ini aku akan semakin matang dan semakin cekal dalam mengharungi segala dugaan hidup ini... dan semoga hidup baruku akan menjanjikan sesuatu yang baru dan terbaik buat aku... aminnnnnn.............

p/s : thanks to all my friends yg dh wish my birthday, yg dh mendoakan diriku, thanks a lot... love all of u...

Sunday, October 25, 2009

Cokelat Diva X-cident...

adesss... kesian aku tgk cokelat diva... org lain sibuk bersiap utk dinner, dia di timpa kecelakaan bila motor dia di langgar kereta... cian sgt2 kt dia... wlaupun dia tersenyum masa kami melawat dia, tp aku tau dia menanggung kesakitan... mau x sakit, patah tangan, patah kaki... semoga cokelat diva cepat sembuh...

Wednesday, October 21, 2009

Rahsia Diri Mengikut Bulan Kelahiran

Kajian ni dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Sape tak kenal kan? Artikel ni boleh dikatakan 80% tepat dengan diri aku… Cube tengok bulan kelahiran korang pulak

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros

JUN

  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • orang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

OKTOBER

  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • orang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat

NOVEMBER

  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wednesday, October 14, 2009

Danau Toba......ancaman di bawah keindahan(Super Volcanoes)

Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil).
Sedangkan Kami memandangnya dekat (pasti terjadi).
Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak.
Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan), (QS. 70:6-9)

Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina. Jika letupan terjadi di kawasan berpenduduk, beribu-ribu orang yang tinggal berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi letupan gunung-gunung berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika dibandingkan dengan letupan gunung berapi "super"(super volcanoes).

Super volcanoes adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain hentaman asteroid. Ianya boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus ribu tahun dan mengumpul magma yang banyak di dalamnya sehingga meletup dengan dahsyat yang boleh memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan sejagat.

Kajian menunjukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebih kurang 75,000 tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda lebih kuat dari letupan Mt St Helens dan menghamburkan beribu-ribu km isipadu abu ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam berbulan-bulan. Dianggarkan letupan hebat ini telah hampir memupuskan manusia dimana jumlah penduduk dunia tinggal dua ribu orang sahaja. Kajian genetik menunjukkan semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat ini. Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.

Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati. Semua kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan pupus akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga India dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika, India, Asia Tenggara dan Australia.

Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif sejak beberapa tahun lalu. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung. Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003 kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di dasar Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul. Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan.

Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun perlepasan oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama lagi? Mengapakah pihak berkuasa Amerika dan media mereka "tutup mulut" mengenai kemungkinan bencana besar ini yang boleh membunuh berbillion-billion manusia?

Dikutip dari laman bicara
Md Hasim Muji
Pejabat Bendahari
UiTM Terengganu
23000 Dungun,
Terengganu.
09-8400167

Tuesday, October 13, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur...

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkautidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh..."

Bertanya Aisyah :" Ya Rasulullah ... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4perkara seketika.?"
Rasul tersenyum dan bersabda :"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kaumengkhatamkan Al Qur'an.""Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kamisemua akan memberi syafaat dihari kiamat ""Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloikamu.""Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir makaseakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Sunday, October 11, 2009

Bila Al Quran Mula Bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Friday, October 9, 2009

Sejarah Solat 5 Waktu...

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Monday, October 5, 2009

26 days to go...

siang tadi aku dh pon wat satu keputusan yg amat berat dlm hidup aku... tpt pukul 2.30ptg waktu malaysia td, aku telah pon menyerahkan surat perletakan jawatan pd bos aku berkuatkuasa 1Nov nie... sedeyyyyy laaaaaaaaaaa..... sebahagian dr hati aku menyatakan aku patut berhenti dan pulang ke pangkuan ibubapa aku... dan sebahagian lagi menyatakan aku perlu kekal di sini... tp setelah apa yg berlaku, aku rasa jalan terbaik adalah aku meninggalkan tempat yang telah mencipta seribu satu kenangan dlm diri aku ini... mungkin ada hikmah yg akan aku perolehi demi memenuhi impian keluarga yg inginkan aku pulang ke N9... mungkin ada yg akan menangisi pemergian aku dan mungkin ramai yg akan bergembira dengan ketiadaan aku nanti...

Sunday, October 4, 2009

Minggu Yang Membosankan...

tamat sudah 1 minggu yg amat panjang dan cukup membosankan buat aku...
x taw la cam na nk gambarkan perasaan aku dlm melalui minggu nie...
aku harap esok akan bermula satu minggu yang ceria, bahagia dan menjanjikan sesuatu yang baru wat aku...

Monday, September 28, 2009

DaY aFTeR HoLiDaY !!!

bermulanya hari bekerja selepas seminggu bercuti... my partner cam besa la... suke wat muka control hensem dia... student x ramai sbb student asrama still bercuti... next week baru deorg balik cni... BOSAAAANNNN sangat...

homesick? yup!!! aku ngan miss jee dilanda HOMESICK yg teramat sangat... lebih2 lagi dua ari lepas bila EXORA berangkat pulang ke Seremban... sedih sangat... rasa macam x sanggup nak tinggalkan umah... berat hati sangat nak balik penang... Bonda cam besa la, tiap kali kitorg nk balik mesti dia wat drama... syahdu tul la... x pe la, sabar skit... countdown lagi 40 ari utk settle segalanya... hope semuanya berjalan lancar...

Thursday, September 24, 2009

Berakhirnya cuti raya...


selamat hari raya.... hehehe... taun nie mcm besa family aku beraya di Jelebu, Negeri Sembilan... spt raya2 yg lalu, raya pertama my family menyerang umah2 sedara yang berdekatan... raya kedua pulak kami memulakan aktiviti memasak... biasanya umah uwan aku akan buat makan besar pada raya kedua... masa ni kompem smua sedara2 aku akan ada di kg... ayah aku akan mengetuai pasukan memasak... aku macam biasa, tukang potong bawang dan tukang rasa... hehehe... taun nie aku dpt jumpa smua adik-bradik mak aku... letih mmg letih tp sonok gak... anyway, esok mlm aku kan kembali ke penang... isk..isk.. sedehhhhh..... hope ada sesuatu yg menarik menanti aku di sana...

Thursday, September 17, 2009

Yea... yea... cuti raya...

diam tak diam dah 27 ari kita smua berpuasa… rasa sekejap betul masa berlalu… ari nie aku last keje… esok aku akan mula bercuti sehingga 27/09/09… x sabar rasanya nak balik ke kampung… rindu sangat2 aku dengan anak2 yang sentiasa memeriahkan hidup aku… cewah cewah macam dah kawen jerk… hehehe…

dlm minggu byk tpt berbuka yg dah aku lawati tp sorry sgt2 x sempat nak letak gambar2 yg latest... maklum la, bila dh nampak makanan lupa segalanya... hehehe... apa2 pon di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya kepada smua umat islam... semoga lebaran tahun ini menjanjikan kebahagian dan kemanisan dalam kehidupan kita di samping mendapat rahmat Allah s.w.t... amin....

kpd smua kengkawan, raya jangan lupa kt kite... cuti seminggu jerk... jangan ada yang tambah cuti lak... hehehe...

k la, jumpa pas seminggu... hehehe... assalamualaikum...

Monday, September 14, 2009

Aktiviti Di Hujung Minggu...

ok, ari nie aku nk cite psl aktiviti weekend aku... cam besa la disbbkan cuti, aku n haousemate aku pun mula mencari 'game' utk mengisi masa lapang... cari punya cari last2 kami pon berjumpa dgn satu permainan yg slalu aku main masa kecik2 dlu... game TUTUP BOTOL... haa.... budak2 zaman skang mesti x tau cam na nak men game nie kan... gile gak la kitorg malam tu... mengimbas kenangan masa kecik2 dlu... pastu sementara nak tggu sahur, kitorang mengasah otak dengan game SAHIBBA... kecoh gak satu umah bila ada yang tak puas ati dengan kemenangan RATU SAHIBBA... nk wat cam na... layan je la...


selepas berpusing2 aku dan Miss Jie keluar masuk kedai di bandar perda,
akhirnya pencarian kami terhenti di Butik Perda... malas nak pikir panjang, aku dan Miss Jie terus membeli sepasang baju seorang untuk hari raya taun nie... walaupun aku rasa baju tu harganya langsung x berpatutan dan aku bengang giler ngan pakcik kedai tu, tp di bulan yang mulia nie, terpaksa la aku control tahap kemarahan di hati nie... kalau x memang pakcik tu dengan staf2 butik tu kena maki ngan aku... hanya aku dan Miss Jie je yang tau kejadian sebenar di butik tu... so, inilah baju raya aku taun nie... simple kan...


satu lagi aktiviti yang aku jalankan di ujung minggu lps...Jamuan buka pose di umah KAK FARIDAH... time kasih la kak ida ye, sbb sudi jemput saya n 'kembar' datang ke umah... best2 gak makanan yg di hidangkan tapi x sempat nak amik gambar byk2 sbb terlalu asyik menghadap makanan... majlis semakin meriah dengan kehadiran FAIZAL... sapa yang kenal dia tau lah kenapa aku cakap majlis tu meriah... hahaha...


Wednesday, September 9, 2009

Demam Sony PSP...

sejak awal ramadhan member2 umah aku telah di landa satu wabak demam yang berpunca dari aku.... selepas The Sim3, demam SONY PSP mula menular... aku besa la, klau dh dapat game mmg x ingat dunia... x sangka pulak berjangkit ngan bebudak umah...klau sebelum nie handphone Sony K55oi aku jadi pilihan (sebab ada game The Sim3),skang nie PSP tu jadi bahan menghilangkan tension yang paling penting di rumah aku... kdg2 sampai berebut pulak... biasanya aku ngan Miss Die la yang akan berebut, sebab kitorg je yang selalu ada banyak masa lapang... hehehe... pasni aku x tau lak fenomena apa lak aku nk bawa dlm umah aku tu... kita tunggguuuuuuu....



Monday, September 7, 2009

Day After Holiday...

3 ari aku bercuti... bosan sgt2...
nk jadi cite smlm lps buka pose aku x sedap badan,
masa sahur pg td aku demam.... panas sgt2 badan aku...
nasib baik ada 2 doktor di rumah utk menjaga aku...
thanks a lot...


sambungan detik 12mlm... mlm tu lps aku balik dr keje kebetulan Miss Tie tgh mandi... so kami pon pakat nak kenakan dia... Miss Moon kunci dia dlm toilet, Miss Jee pulak get ready ngan tepung... Miss Fie ngan Miss Die dh stanby kamera... slagi x pukul 12, kami x buka pintu... jahat tul kitorg... tpt kul 12, kami buka pintu & SERANGGGGG!!!!!!! x pasal2 Miss Tie kena mandi lagi sekali... mana x nya, teruk dia kena lumur ngan tepung n telur ayam... & secara rasminya, kek yg mula2 aku wat display tu, menjadi kek besday Miss Tie memandangkan keadaan darurat masa tu... hehehe... apa2 pon sorry besday girl...







Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Friday, September 4, 2009

EppY BeSDaY !!!



eppy besday 2 u...

eppy besday 2 u...

eppy besday 2 Miss Tie...

eppy besday 2 u...


tepat jam 12mlm nie maka seorg lagi housemate aku akan melangkah masuk ke umur 2*tahun... member2 lain dok plan cam na nk celebrate besday dia... tp ni bukan kek besday dia... saja je nk semakkan page... hehehe... nanti aku cite apa yg berlaku pd detik 12mlm...


comey x budak sebelah nie? nie anak sedara aku yg paling sihat... aku rindu sangat kt dia... x sabar nak balik seremban...







Thursday, September 3, 2009

1st Post...

assalamualaikum...
hari nie 1st day aku menulis di cni... kepada sesiapa yg sudi singgah dan memberi tunjuk ajar aku ucapkan terima kasih bebanyak... maklumlah aku nie budak baru di sini...

hari nie merupakan hari ke-15 dlm bulan Ramadhan... rasa macam makin cepat masa berlalu... tahun nie merupakan tahun ke-6 aku berpuasa di tempat orang... masa mula2 dlu sedih gak, tapi bila dah lama aku jadi biasa... suasana berpuasa diperantauan mmg berbeza... bukan apa, kalau puasa dekat umah biasanya mak aku akan sediakan juadah berbuka... ayah aku lak akan ke bazar untuk membeli kuih... tp bila dah jauh dari family nie, berbuka dengan nasi bungkus je la... nak masak takut tergugat lak puasa nie... hehehe... tahun nie aku bekerja dengan partner baru, so suasana puasa tu lain sikit la... selama nie aku ber'partner' ngan pompuan, senang skit bila masuk waktu2 bulanan... nie bila dah kerja ngan lelaki, terpaksa la aku berlakon... hahaha..