Thursday, July 9, 2015

Iftar With AS

Salam Ramadhan...

Selamat Berbuka Puasa... Sila abaikan pinggan di atas meja...

Semalam adalah iftar AS bersama untuk tahun ke-2...
Last kami berjumpa masa dinner bujang sebelum majlis perkahwinan Alin...
Dekat sebulan lebih juga la...


Macam biasa la, bila dah lama tak jumpa macam-macam cerita nak dikongsikan sampai tak sedar masa berlalu terlalu pantas...
Apa yang dapat dikongsikan di sini, aku sangat merindui saat-saat kami bersama...
Bukan senang 6 orang yang berbeza latar belakang dan cara hidup dapat bersama membina sebuah hubungan yang dinamakan persahabatan...


- Parti Bujang Part 2 -


Sesungguhnya ikatan persahabatan itu agak unik...
Sahabat itu tidak perlu sentiasa ada di sisi tetapi selalu dekat di hati...
Ibarat bintang di langit adakalanya bila langit dilindungi awan bintang itu tidak kelihatan tetapi ia sentiasa ada di situ menanti masa untuk memancarkan sinarnya...



Dan aku...

Ingin sekali rasanya aku menjadi bulan yang mampu meminjamkan sinar untuk menerangi malam...
Aku ingin selalu ada untuk sahabat-sahabat ku dalam setiap situasi yang mereka tempuhi...
Aku ingin berkongsi setiap tawa dan tangis bersama mereka...
Kerana bagi aku mereka antara insan istimewa yang telah Allah s.w.t pinjamkan pada aku untuk dihargai dan disayangi...


Terima kasih kerana hadir mewarnai kehidupan ini dengan gelagat korang yang hyper...
Hope ikatan ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat...
Miss u all sooooo much...



AS with love...



No comments:

Post a Comment