Tuesday, February 26, 2013

Diet... Diet... Diet...

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak share pasal program diet aku... 
Yang pasti aku TIDAK mengambil produk menguruskan badan...
Kalau sebelum ni aku mengambil langkah pertama dengan membuat pemeriksaan kesihatan,
sekarang langkah seterusnya dengan menjalani cara hidup sihat (sangat skema)...

Pesanan : 
Langkah diet ni aku lakukan berdasarkan pengetahuan aku yang terbatas dari tontonan siri The Biggest Loser, sumber bacaan (majalah, buku, risalah, internet, dll), nasihat doktor serta pengalaman aku dalam bergaul dengan orang2 yg aktif selama ini... 
Mana yang baik boleh dikongsi, mana yang buruk jangan ikut... Orait...

1st of all, dah tentu kena ada buku log untuk memantau perkembangan diet ni...
Bagi mereka yang nak turunkan berat badan macam aku, buku log ni memang penting...
Dalam buku log ni akan dicatatkan apa yang kita makan, apa yang kita buat...
Dan ini adalah cover buku log aku...


Kenapa kena ada buku log?
Ok, seperti kata Prof. Dr. Muhaya, kalau kita nak lakukan perubahan, kita kena tulis hari2 tentang apa yang kita nak ubah supaya kita boleh kekalkan motivasi diri kita...
Apa yang ada dalam buku log?
Kalau nak tau apa yang ada dalam buku log aku, sila baca sampai habis... :-p

Bila kita nak buat sesuatu, mesti ada target kan... 
So di page hadapan aku letak satu target untuk dicapai dan aku buat satu jadual untuk memantau berat serta ukuran badan aku sepanjang tempoh diet nie...


Lepas tu, aku senaraikan semua kelemahan pemakanan aku...
Maksudnya makanan tak sihat yang aku selalu ambil sebelum ni...
Bila kita dah tau kelemahan kita, barulah kita boleh cuba mengatasinya (tips ni boleh guna pakai untuk perkara lain dalam hidup)...
Aku buat jadual untuk sebulan macam bawah ni :-
Seterusnya jadual pemakanan harian...
Biasanya aku akan bawa note book kecil dalam beg mana je aku pegi untuk tulis apa je yang aku makan...
Malam sebelum tidur baru aku update buku log aku...
Dari sini dah nampak kesilapan aku masa diet biasanya...


Dan akhir sekali, rajin-rajinkanlah diri untuk membaca testimoni kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi...
Kalau orang lain boleh buat, takkan aku tak boleh buat kan...
Aku biasanya akan buka blog Kevin Zahri sebab dekat blog ni ada banyak testimoni serta tips yang boleh di guna pakai sepanjang program diet ni...


Apa-apapun, dalam hidup ni setiap tindakan perlu disertakan dengan keazaman dan semangat yang kental...
Bukan mudah untuk berjaya kalau tak kuat semangat...
Dugaan akan datang dan cabaran pasti ada untuk berjaya...
So, selamat berDIET buat diriku...
Doakan aku berjaya ye kengkawan...

No comments:

Post a Comment