Friday, November 8, 2013

Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Sinopsis Buku : 
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian. Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

My Review :-

Novel RAM sememangnya tidak terluah dengan kata-kata...
Bila mula membaca kita seolah-olah diserap ke alam fantasi yang membolehkan kita menghayati dan memahami plot ceritanya...
Serius teruja bila baca novel ni sampai tak sanggup nak berhenti selagi tak habis... 
Kisah ini di gambar dengan terperinci sehingga aku mampu membayangkan latar belakang  kedamaian kampung sehingga ke sebuah planet yang bergolak...
Aku agak seronok membaca perkembangan watak Aiddin kepada Rayyan... 
Gabungan dunia fantasi dan realiti menarik minat aku sebab rasanya seperti menonton cerita Ultraman di Planet Ultra (Apa yang aku merepek ni?!!!)...  
Tapi yang tak syoknya bila aku rasa aku diperhatikan sepasang mata putih... Hampeh... 


No comments:

Post a Comment