Wednesday, August 13, 2014

Don't Give Up...

Assalamualaikum...


Sebagai seorang manusia biasa, perjalanan kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya...
Ada kalanya kita akan berada di atas menggenggam kebahagiaan dan kejayaan...
Ada kalanya juga kita berada di bawah menghadapi kedukaan dan kegagalan...
Namun apa yang penting jangan sesekali kita berasa rendah diri, kecewa serta berputus asa...


Kenapa perlu berasa bangga sekiranya berada di atas dan kenapa perlu rasa putus asa sekiranya berdepan dengan kegagalan?
Perjalanan setiap insan sentiasa berbeza walaupun berada di landasan yang sama...
Setiap langkah yang kita atur, setiap keputusan yang kita ambil, menjadikan siapa diri kita sekarang...


Seandainya kita merasakan kita lemah, ada yang lebih lemah dari kita...
Seandainya kita merasakan kita hebat, ada yang lebih hebat dari kita...
Tak perlu membandingkan nasib diri dengan orang lain kerana Allah telah memberikan yang terbaik buat diri kita...


Kadang kala aku juga sering terleka mengejar impian dan meletakkan sepenuh harapan untuk berjaya...
Seringkali aku merasa lemah dan kecewa apabila apa yang aku hajati tidak tercapai...
Seringkali juga aku merasa rendah diri bila melihat kejayaan insan di sekeliling ku...
Tapi bila ku renung kembali setiap detik yang pernah aku lalui, aku kembali sedar yang hidup kita semua berbeza...


Tiada siapa yang mendapat kesempurnaan dalam kehidupan...
Tiada siapa yang dapat lari dari dugaan dan cabaran hidup...
Yang penting sekali kita terjatuh, bangun dan aturlah kembali langkah yang terhenti itu...
Seribu kegagalan mungkin diperlukan untuk mencapai sebuah kejayaan...



DON'T GIVE UP... ALLAH ALWAYS WITH YOU... 




*tetiba feeling2 sebelum tidur.... Selamat malam... :-p


No comments:

Post a Comment