Monday, March 10, 2014

Happy Anniversary !!!


Assalamualaikum...

Dalam tak sedar dah dua tahun berlalu sejak aku bergelar seorang isteri...
Cepat betul masa berputar sehingga aku sendiri hampir tak percaya dengan segala yang telah kami tempuhi dalam tempoh 2 tahun ini...




Segala suka duka jatuh bangun meninggalkan memori indah dalam mewarnai rumahtangga kami...
Sesungguhnya dia sememangnya seorang yang penyayang dan penyabar...
Sering bersabar dengan sikap panas baran aku yang tak bertempat...
Sering bersabar dengan perangai keanak-anakan aku yang tak kena masa...
Sering bersabar dengan kegilaan aku yang tak kenal situasi...




Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana Kau menganugerahi aku dengan seorang insan yang sangat menyayangi dan menghargai diri aku yang serba kekurangan ini...
Walaupun Allah masih belum meminjamkan kami zuriat dalam perkahwinan ini tapi itu bukanlah penghalang buat kami mengecapi kebahagian dalam rumahtangga...
Semoga kebahagiaan ini kekal sehingga ke jannah...




I love you hubby and will always love you...





No comments:

Post a Comment