Tuesday, June 28, 2011

VERSUS by Hlovate




My Review


Bagi sesiapa yang mencari erti cinta sebenar aku cadangkan agar membaca novel ini. Penulis bukan sahaja bercerita tentang cinta antara dua jiwa tetapi turut mencoretkan kisah cinta antara makhluk dan penciptanya. Kisah kehidupan Minn selepas meninggalkan dunia 'skate' dan kisah kehidupan AO dalam mengejar cinta Minn benar-benar menginsafkan. Usaha AO dan Minn untuk berubah akhirnya membawa mereka bertemu cinta Illahi. Dan dengan nikmat cinta Illahi, mereka bertemu erti cinta dua jiwa yang cukup membahagiakan.

Mengikuti perjalanan percintaan antara Minn dan AO membuatkan aku terfikir erti cinta yang sebenar. Bukan mudah untuk jadi baik dalam definisi baik yang sebenar. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik di mata manusia tetapi sebenarnya kita belum cukup baik di sisi Allah s.w.t. Sepanjang aku membaca novel nie, aku meletakkan diri aku dalam watak Minn. Dan aku berharap aku mampu untuk menjadi seperti Minn. Yang berusaha untuk memperlengkapkan diri dari baik kepada yang lebih baik.


Tahniah kepada penulis yang berjaya membawa secebis kesedaran di hati kecil ini.


No comments:

Post a Comment