Wednesday, December 17, 2014

Ada Apa Dengan Keazaman...

Assalamualaikum...

Asal buka blog je tetiba jd blur apekebenda nk di update...
Bukan x de cite tp x taw cm na nk meluahkan dlm bentuk tulisan...
Ada sestgh cite lebih baik di simpan dlm peti ingatan utk dijdkan kenangan peribadi...


Disebabkan taun baru hampir tiba so hari ni nk sembang pasal keazaman...
Tanpa keazaman mimpi takkan menjadi kenyataan...
Kenapa?!!
Sebab keazaman itu akan menimbulkan semangat, semangat pula akan diiringi usaha, manakala usaha pula akan membuahkan hasil untuk menghampiri kejayaan...




Beberapa tahun yang lepas aku hanya seorang manusia yang berada di dalam zon selesaku...
Dan sejak zaman sekolah lagi aku paling tak suka aktiviti berlari...
Walaupun aku aktif bersukan tp stamina aku dalam berlari memang out sangat...
Tapi sejak aku keluar dari zon selesa tu, aku mula belajar bertatih sehingga aku mampu berlari lebih baik dari zaman persekolahan dulu...


Tahun ni je aku telah pun menyertai aktiviti FUN RUN - 5km  sebanyak 3 kali...
Diulangi, 3 kali ye para pembaca semua...


Sila abaikan pewoot ku yang muncit itu...

Walaupun hanya fun run tapi ia merupakan langkah terawal aku untuk keluar dari rasa tak yakin yang sering menguasai minda aku...
Biarlah apa orang nak kata, tapi aku puas dengan apa yang aku telah lakukan...
Mungkin catatan masa aku tidak sehebat Akak Sado yang lain (Off course la ferari tak boleh nak disamakan kelajuannya dengan kancil) tapi sekurang-kurangnya aku berusaha sebaik mungkin...

Dan kini aku semakin yakin untuk mengatur langkah kaki ini sekali pun banyak mata yang menjeling...
Semoga dengan kepayahan hari ini aku mampu membantu insan lain di masa hadapan...
Insya Allah...




No comments:

Post a Comment