Saturday, December 21, 2013

Pembersihan Diari Maya...

Assalamualaikum...

Agak malas mengonlinekan diri nampaknya empunya blog ni...
Hehehe...

Sesiapa yang rajin jengok blog ni pasti perasan ada beberapa post yang telah di delete...
Maaf ye, selaku pemilik blog aku rasa segment My TV Show tu agak berat sebenarnya...
Ye lah, bagi insan yang jarang tengok tv mcm aku ni, selalunya aku layan je sebarang cerita yg kena ngan jiwa aku...
Dan sejak azalinya, cerita-cerita yang berepisod memang tak kena dengan jiwa aku langsung...
Sebabnya aku jenis yang cepat boring menunggu, aku tak suka benda yang meleret-leret, aku tak suka benda yang tak kembangkan otak aku yang sedia sembab ni dan yang penting aku tak suka sesuatu yg org terlalu taksub... 


Contoh keadaan :- 

  1. Suatu ketika dulu aku pernah meminati Siti Nurhaliza tp disebabkan ketaksuban (ada ke ayat ni?) peminat dan pemuja dia, maka aku pon secara spontannya terus tak minat dah. 
  2. Aku pernah meminati cerita Meteor Garden dan kumpulan F4, tp disebabkan ada housemate aku yg sgt gilakan benda yg sama sampai aku rasa meluat giler, so aku pon stop tengok cerita dan kumpulan tu.
  3. Tempat keje lama aku dulu hampir semua suka dengar lagu jiwang rock kapak. Kadang2 sampai over feeling sgt aku tengok. Dan aku, mcm biasa akan berada di luar kotak. Aku layan lagu Ruffedge, VE, Ahli Fikir... 

Mungkin dari segi pembacaan korang ayat aku ni mcm poyo je...
Tapi hakikatnya aku memang cepat jemu dan cepat menyampah...
Bukan setakat dunia hiburan je, dalam dunia realiti pon sama...

Kesimpulannya, aku memang tak suka sesuatu yang berkaitan dengan TAKSUB, TEGAR, FANATIK...
Bagi aku dalam hidup ni kena ada variasi skit...
Ada benda yang kita boleh sama jiwa dengan orang lain, dan ada benda yang kita kena berbeza dengan orang lain...
Sebabnya perbezaan itu yang akan melengkapkan diri kita...

Kalau korang faham, faham la...
Tiada paksaan untuk memahami insan bernama NORHUDA ini...






No comments:

Post a Comment