Tuesday, December 24, 2013

Ada Apa Dengan Berat Badan...

 Assalamualaikum... 

Sebelum aku melalut tak tentu pasal tentang diet,
biar aku terangkan kenapa aku excited sangat pasal diet ni...




Sejak kecil lagi aku memang berbadan besar tapi semasa zaman sekolah aku memang suka bersukan...
Walaupun aku tak hebat dalam sukan tapi sekurang-kurangnya aku adalah antara pelajar yang sentiasa ada di padang...
Bila masuk IPTA aku masih aktif dengan kelab silat dan aktiviti berjalan kaki pergi balik kelas adalah antara rutin senaman aku setiap hari...
Masalah berat badan ni aku mula alami sejak aku tamat pengajian di IPTA...


Aku bekerja di cyber cafe koperasi sebaik tamat pengajian...
Tempat keje aku memang meriah dengan makanan berat dan ringan...
Maklum la, sumber makanan budak hostel...
Boleh dikatakan setiap hari aku akan makan makanan ringan dan minum air kotak / tin...
Dan boleh dikatakan fast food (Mc D and KFC) adalah makanan ruji aku...
Walaupun rutin berjalan kaki masih aku lakukan tapi itu tak cukup untuk membakar semua makanan yang aku telan setiap hari (macam ular sawa lak rasanya)...


Selepas lapan tahun duduk di perantauan aku kembali ke pangkuan keluarga...
Masa ni makanan harian aku lagi menarik maklum la masakan emak dan ayah memang sentiasa membuka selera...
Lepas bertunang aku mula berusaha untuk menurunkan berat sebelum kahwin...
Aku mula bersenam dan mengawal pemakanan...
Hasilnya aku berjaya menurunkan berat badan walaupun aku tetap berisi di atas pelamin...


Tapi macam biasa la lepas kahwin aku mula masuk ke zone selesa...
Mempunyai seorang suami yang comel dan menerima aku seadanya membuatkan aku mula selesa dengan keadaan aku...
Aku kembali menikmati setiap makanan yang ada depan mata...
Dan macam biasa, dengan tidak rasa berdosa aku meletakkan segala kesalahan atas suami aku dengan alasan aku TERPAKSA teman dia makan setiap TENGAH MALAM...
Hasilnya setelah setahun kahwin aku berjaya menambah berat badan sebanyak 10kg...




Tapi itu bukan pencetus semangat aku nak berdiet...
Selama ni aku tak kisah sangat tentang diet walaupun aku dah mulakan cabaran diet seawal February 2013...
Segalanya bermula pada hujung bulan 12/12/13 (baru lagi tu) apabila ujian darah aku mengesahkan aku menghidap diabetis...
Sejak tu aku nekad untuk amalkan cara hidup sihat...
Aku memulakan cabaran diet dengan berat 105kg...
Ya... memang berat...
Macam tak caya kan...


Dan disebabkan itu juga aku memberanikan diri untuk menyertai Seremban Fit Challenge...
Sekurang-kurangnya aku mempunyai kawan baru yang mempunyai misi yang sama dan mencetus motivasi diri bila join fit club ni... 
Nanti aku update tentang fit club...
Yang pasti jangan suka menangguh sesuatu yang baik...

Me - Sign up for challenge on 22 Dec 2013


My First Zumba on 23 Dec 2013 











No comments:

Post a Comment