Sunday, February 20, 2011

Ada Apa Dengan Persahabatan???

Apa erti sebuah persahabatan buat korang? Adakah seorang manusia hanya boleh memiliki seorang sahabat sahaja sepanjang hidupnya? Sejak bila ada limit dalam mengumpul sahabat? Berbezakah seorang sahabat dengan seorang kawan baik? Perlukah di war-warkan kepada dunia siapa sahabat kita?

Terlalu banyak persoalan tentang persahabatan yang bermain dalam fikiran aku... bagi aku, aku mempunyai definisi yang berbeza buat setiap gelaran...

sahabat : seorang insan yang sentiasa ada tak kira apa situasi yang kita... sentiasa menerima kita seadanya... memahami kita, menasihati dan menghormati keputusan kita... melengkapi kekurangan kita dan menghargai kelebihan kita... melindungi aib kita...

kawan baik : seorang insan yang sentiasa sudi berkongsi suka duka bersama... boleh menasihati kita tapi belum tentu memahami kita... boleh berkongsi rahsia bersama...

kawan rapat : seorang insan yang rapat dengan kita... berkongsi kenangan bersama tapi belum tentu boleh berkongsi rahsia bersama...

kawan : mengenali antara satu sama lain...

No comments:

Post a Comment